ASSALAMUALAIKUM WBTH, SALAM SEJAHTERA... SELAMAT BERKUNJUNG BUAT SELURUH MAHASISWA/WI BAIK YANG BERADA DI BUMI MESIR MAHUPUN DI MALAYSIA,KAMI BARISAN KEPIMPINAN MENGUCAPKAN SELAMAT MENUNTUT ILMU DAN SELAMAT MENDUDUKI IMTIHAN SEMESTER KE-DUA,SEMOGA KITA DIBERI KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT SEKIAN TERIMA KASIH.."JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH" " www.dpm-mansoura.blogspot.com "...

Makluman Suruhanjaya pilihanraya

Assalamualaikum W.B.T.H

Kepada seluruh ahli Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah yang dikasihi sekalian. Suruhanjaya pilihanraya yang telah dilantik secara khusus di bawah Persekutuan Melayu Rebublik Arab Mesir (PMRAM), hari ini telah membuka penamaan calon kepada seluruh ahli DPMM bagi jawatan tersebut :

1) Pengerusi
2) Ahli Jawatankuasa Tadbir
3) Ahli Jawatankuasa HEWI

Tarikh pencolanan di buka bermula
14 Julai 2009 hingga 20 Julai 2009

Photobucket

Perhatian: Sila rujuk syarat-syarat pencalonan yang telah diedarkan di rumah masing-masing.

JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH

[+/-] Baca lagi...

Ramah Mesra Bersama Badan Pengurus PMRAM & Konvensyen PMRAM

Assalamualaikum W.B.T.H

Photobucket

Kepada seluruh ahli DPMM yang dikasihi sekalian. Sukacita dimaklumkan di sini bahawa,ada dua makluman penting yang perlu kepada seluruh ahli DPMM mengambil perhatian dan mewajibkan diri untuk melibatkannya.Antara makluman tersebut :-

Pertama :- Ramah Mesra Bersama Badan Pengurus PMRAM serta HEWI PMRAM sesi 2009 akan berlangsung seperti berikut.

Tarikh : 14 Julai 2009
Hari: Selasa (esok)
Masa: 2.00 petang
Tempat : Dewan Persada Jaziarah Al-Ward Utubis Jadid Mansurah


Kedua :- Persekutuan Melayu Rebublik Arab Mesir akan menganjurkan Konvensyen PMRAM yang bakal berlansung dengan jayanya seperti berikut.

Tarikh : 22 Julai 2009
Hari : Rabu
Tempat : Dewan Solah Kamil Kaherah

Segala makluman lanjut, sahabat dan sohabiah sekalian boleh layari laman web rasmi PMRAM di http://pmram.org/

Photobucket


JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH

[+/-] Baca lagi...

Makluman Mesyuarat Agung Tahunan DPMM kali ke - 17

Assalamualaikum W.B.T.H

Kepada seluruh ahli DPMM yang dikasihi sekalian,di sini ada beberapa makluman berkaitan Mesyuarat Agung Tahun DPMM dan Mesyuarat Agung HEWI DPMM. Sesi kepimpinan Ahli Jawatan Kuasa (AJKT) dan (AJKH) sesi 2008/2009 bakal berakhir,dan akan diteruskan oleh kepimpinan yang baru untuk sesi yang seterusnya.Maka,sebelum berakhirnya sesi kepimpinan 2008/2009 ini, Setiusaha Agung DPMM sesi 2008/2009 akan menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan kepada seluruh ahli DPMM agar kita dapat sama-sama memberi cadangan dan bermuhasabah bagi kepimpinan yang telah diamanahkan sebagai AJKT dan AJKH DPMM sesi ini.Diharap kepada seluruh ahli DPMM agar dapat meluangkan masa dan menghadiri majlis musyawarah yang penuh barakah ini.

Photobucket

Segala Pertanyaan sila rujuk kepada :-
-Us Asri Bin Zulkaflie (Pengarah MAT kali 17) - 0192038918
-Ustazh Syarifah Nurkamilah BT Syed Ahmad (Timbalan Pengarah II ) -0103391495

JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH

[+/-] Baca lagi...

Program Dirgahayu-Gabungan KHASRAH dan Nadi UKKAZ

Assalamualaikum W.B.T.H

kepada seluruh ahli DPMM yang disayangi sekalian.Program gabungan antara KHASRAH dan NADI UKKAZ yang diberi nama DIRGAHAYU bakal berlangsung dengan jayanya bertujuan meraikan ahli kelab KHASRAH dan NADI UKKAZ, seterusnya menyampaikan cenderahati kepada ahli DPMM yang berjaya dalam pertandingan yang dianjurkan baru-baru ini.Diharap kepada seluruh ahli DPMM dapat menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Segala kerjasama anda bakal diganjarkan sebagai amal islami. Sekian dimaklumkan.

Photobucket

JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH

[+/-] Baca lagi...

Makluman BAZARIA ASEAN '09

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh warga Mansurah. Kesyukuran dipanjatkan kepada Robbul Jalil kerana diberi ruang dan peluang kepada ana untuk menjelaskan beberapa perkara yang mungkin menjadi kesamaran dan tanda tanya di setiap peringkat. Seperti yang sahabat-sahabat maklumi, Bendahari (Unit Ekonomi) DPMM sesi 08/09 merangka dan merancang dengan sepenuh hati bagi menjayakan Bazaria Asean ’09 untuk tahun ini. Namun, setiap perkara yang dirancang dan disusun bagi menjayakan program tersebut itu bukanlah dari kekuasaan di pihak kami semua. Hakikatnya adalah semua dari Allah SWT.

Terlebih dahulu, saya dan seluruh barisan kepimpinan AJKT dan AJKH DPMM serta seluruh AJK Pelaksana BAZARIA ASEAN ’09 ingin memohon jutaan kemaafan di atas pembatalan program bersama ini. Oleh kerana,di pihak kami menilai dan meneliti sepenuhnya seterusnya membuat keputusan ini adalah berdasarkan alasan-alasan seperti berikut :-

1) Pihak Universiti Al-Azhar Mansurah tidak membenarkan penggunaan garaj di Kuliyah Usuluddin oleh kerana pertembungan tarikh dengan aktiviti-aktiviti kuliyah (Tarbiyah Askariyyah dan Majlis Kontrol).

2) Pihak Maahad Fatayat wal Qiraat tidak membenarkan penggunaan lapangan maahad
oleh kerana pihak maahad mempunyai aktiviti pada hari tersebut (Tajhiz Imtihan Daur
Thani li Sanah As-Sanawi Al-‘Idadi).

3) Tuan tanah bagi kawasan lapang yang berada di hadapan DPJA tidak membenarkan sebarang aktiviti dijalankan.

4) Penggunaan kawasan ‘sutuh’ di DPJA juga tidak diizinkan tuan rumah oleh kerana tuan rumah menjalankan aktiviti penternakan ayam.

5) Keadaan dewan (DPJA) juga amatlah terbatas bagi menjalankan aktiviti yang besar dan menggunakan ruangan yang begitu luas seperti aktiviti jualan dan masakan.

Oleh kerana itu, pihak kami cuba berusaha sedaya mungkin bagi menjayakan program ini dengan sebaiknya walaupun di sana terdapat beberapa kekurangan yang berlaku. Hasil berkat dari perbincangan yang diadakan, pihak mesyuarat memutuskan bahawasanya BAZARIA ASEAN ’09 dibatalkan di sebelah ikhwah dan hanya berlangsung di sebelah ‘akhawat’ sahaja. Semoga dengan keputusan yang dibuat ini diberi restu dan pertunjuk dari Allah SWT. Segala yang baik itu adalah datangnya dari Allah SWT, dan yang lemah serta kekurangan itu adalah datang dari diri sendiri.


Wassalam,

Mohd Zuhdi Bin Yahya,
Bendahari (Unit Ekonomi) DPMM 08/09

[+/-] Baca lagi...