Info Terkini DPMM
print this page
Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan


Showing posts with label Hewi PMRAM. Show all posts
Showing posts with label Hewi PMRAM. Show all posts

[IKLAN] JAULAH KE FAYOUM


[IKLAN]
JAULAH KE FAYOUM..!

*Daftar segera bermula 21-27 Januari 2013
*Kuota terhad, 20 mahasiswi sahaja dari caw. Mansurah
*Daftar kepada Ustazah Wan Sofia 01146807612
*bayaran seperti tertera

MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN

0 comments

[IKLAN] HEWI'S TOUR 2012 KEMBARA AULIYA' BAHNASA





[IKLAN]

::HEWI'S TOUR 2012 KEMBARA AULIYA' BAHNASA::

*Terbuka kepada seluruh mahasiswi sahaja serta pastikan visa anda hidup
*Hanya 8 kuota diperuntukkan
*Sila daftarkan nama kepada Ustazah Wan Sofia (01146807612) selewat-lewatnya pada 16/09/2012 sebelum maghrib.

CEPAT, SIAPA CEPAT DIA DAPAT!




MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN






0 comments

HEWI'S TOUR 2011 ( jaulah sekitar Mansurah dan Dumyat )

Assalamu'alaikum wbth

Perhatian kepada MAHASISWI Mansurah (Qiraat , Pengajian Islam & Perubatan)

Sesiapa yang ingin menyertai HEWI'S TOUR
( jaulah sekitar Mansurah dan Dumyat )

sila daftarkan nama kepada : Unit Sambutan dan Rehlah HEWI Mansurah ,
Saudari Nur Rabiatul Adawiyah Nor Azmi ( 0111 6787762 )

ataupun kepada mana-mana AJK HEWI DPMM di Markaz 1

tarikh tutup pendaftaran : 15 / 10 / 2011 .

Bayaran pendaftaran : LE 90 sahaja

tempat-tempat menarik yang akan dilawati : kebun buah-buahan , ziarah maqam , raksul bar , dan lain-lain lagi.

jangan lepaskan peluang ini !!

Jazakumullah khairan kathira

KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH

0 comments

Miss Bikini World Hawaii : HEWI PMRAM Desak Tindakan Segera


KAHERAH, 28 Sept - Hal Ehwal Wanita Islam Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( HEWI PMRAM ) hari ini ingin menyatakan rasa kesal diatas penganjuran sebuah program bagi mempromosikan hotel dengan menjadikan " Miss Bikini World Hawaii" sebagai logo untuk pengajuran tersebut.

Hal ini memberikan gambaran bahawa masyarakat kini semakin cetek tahap pemikirannya sehingga aurat perempuan dipertontonkan sewenangnya tanpa sekelumit bersalah atas tindakan tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Pangkor Island Beach Resort, acara ini hanya sekadar untuk mempromosikan Pulau Pangkor
untuk menarik lebih ramai pengunjung ke pulau ini.

Adakah
tindakan ini mampu menghalalkan pensyariatan Islam yang sudah termaktub ianya bercanggah daripada ajaran Islam, ini secara tidak langsung mencalarkan imej Islam dan menjatuhkan martabat wanita.
Bukan satu keperluan yang penting dalam rangka promosi yang dilakukan sehingga sanggup menggadaikan cara hidup Islam demi mengaut keuntungan bahkan ianya sebuah perlakuan yang tidak rasional bagi sebuah negara Islam seperti Malaysia.

Dalam
kenyataan tersebut juga telah dinyatakan " Acara ini akan diadakan berlandaskan garis panduan yang ditetapkan ", persoalannya garis panduan yang mana memberikan peluang untuk perempuan mempertontonkan susuk tubuhnya dikhalayak ramai tidak kira samada masyarakat tempatan mahupun luar negara.

“Hal tersebut,pihak kami memandang serius dan seharusnya lebih diperhalusi akan setiap aktiviti yang dianjurkankan lebih-lebih lagi membabitkan aurat dan maruah wanita” tegas Saudari Nurain Bt Yaacob,Timbalan Pegerusi HEWI PMRAM ketika mengulas isu terbabit.

Sehubungan dengan itu,di peringkat HEWI PMRAM mendesak tindakan segera dan mengharapkan kebijaksanaan kerajaan Negeri Perak khususnya dan kerajaan Malaysia amnya dalam mengambil tindakan sewajarnya kerana ia membabitkan isu sensitiviti umat dan mencemarkan imej muslimah ”.jelasnya mengakhiri perbualan.

KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH
0 comments

2011 TAHUN GEMPUR DANA SYAQAH


Misi Dana Syaqah PMRAM walaupun masih belum mencapai sasaran mengikut jangkaannya pada akhir tahun 2009 berdasarkan usul yang telah disepakati di dalam Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-76, namun ia tetap diteruskan secara komited oleh pihak PMRAM.
Biarpun begitu , perlaksanaan dan perancaan untuk memiliki sebuah syaqah milik PMRAM tidak dipandang sepi buktinya kini ia tetap diteruskan bagi menjayakan misi tersebut seterusnya meringankan bebanan PMRAM dalam menanggung sewaan dua buah pusat operasi PMRAM yang mencecah perbelanjaan puluhan ribu setiap tahun.

Bermulanya sesi kepemimpinan PMRAM yang baru, maka bermulalah juga sesi baru bagi Unit Dana Syaqah. Oleh itu,segala gerak kerja Unit Dana Syaqah bagi sesi lepas masih lagi diteruskan pada sesi ini.

Kajian demi kajian sedang dijalankan Unit Dana Syaqah bagi mencari penyelasaian terbaik untuk penjenamaan semula Unit Dana Syaqah PMRAM.

Jika dilihat pada sesi-sesi yang lalu, jelas kelihatan peratusan kenaikan kewangan Unit Dana Syaqah kurang memberangsangkan. Target yang ingin dicapai turut tidak seperti yang diimpi-impikan walaupun usaha sesetengah pihak telah mencapai ke tahap yang maksimum. Akan tetapi, ini bukanlah satu fakta yang harus diterima untuk membiarkan usaha ke arah menggerakkan Unit Dana Syaqah ke arah yang lebih serius dibiarkan begitu sahaja.

Namun,setelah selesai perbincangan secara khusus berkaitan Dana Syaqah bersama pimpinan tertinggi unit beserta Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011, maka kami telah memutuskan untuk menggempur habis-habisan bagi merealisasikan impian mendapatkan syaqah pada sesi ini.Jumlah dana yang disasarkan untuk tahun ini adalah LE700,000.00.

Oleh itu, harapan yang tinggi dan menggunung kami harapkan kepada semua pimpinan Badan Kebajikan Anak Negeri dan Dewan Perwakilan Mahasiswa beserta seluruh ahli PMRAM yang ada untuk sama-sama menggempur dan merobek ruang-ruang yang ada untuk mendapatkan syaqah pada sesi kali ini. Gerak gempur yang lebih berfokus perlu dirasa,dipikul,dipegang serta dipundakkan ke atas bahu masing-masing demi memastikan usaha ke arah mendapatkan syaqah pada sesi ini jelas kelihatan.

Moga-moga usaha yang ditunjukkan semua pihak ini mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.


Gempur Syaqah,Julang PMRAM

Sumber : Web PMRAM
0 comments
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger