USUL BERTULIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-15


Berikut adalah usul Mesyuarat Agung Tahunan ( MAT ) DPMM kali ke-15 ahli DPMM untuk tindakan bersama.(Telah dipersetujui sebulat suara ahli DPMM)

Merujuk Bab 2, fasal 2 undang-undang tubuh Dewan Perwakilan Mahasiswa, saya mengusulkan seperti berikut ;Mahasiswa/wi Malaysia yang bermukim di Mansurah mesti bersatu padu dan saling berintegrasi dibawah naungan PMRAM & DPM Mansurah sebagai wadah memperjuangkan kebajikan ahli untuk kemaslahatan bersama.

Rasional :

1. Memudahkan urusan penyelarasan data keahlian terutamanya dengan pihak keselamatan

Mesir dan Kedutaan Malaysia.

2. Memperkukuhkan kesatuan dan mengeratkan ukhuwwah islamiah.

3. Memudahkan urusan penyaluran sebarang bentuk kebajikan kepada

ahli.

4. Melancarkan gerak kerja diperingkat PMRAM, BKAN & DPM Mansurah serta Persatuan

yang diiktiraf oleh PMRAM.

5. Jaminan urusan keselamatan akan diutamakan kepada ahli dalam kerjasama membantu

menyelesaikan masalah berkaitan keselamatan.

6. Menolak pemikiran dan ideologi yang bertentangan dengan ajaran islam dan budaya

bangsa melayu.

7. Mengikis sentimen kenegerian, semangat intitusi pengajian, perbezaan latar belakang

sosial dan sebagainya.

8.Memastikan ahli mematuhi peraturan serta mauqif yang ditetapkan samada peringkat

PMRAM dan DPM.

9.Memelihara perpaduan dan menolak sebarang ancaman yang boleh memecah-belahkan

kesatuan.

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger