Mereka dah sibuk....tapi di mana kita...??? jom pakat2 ke kuliah...

Assalamualaikum w.b.t

Kehadapan mahasiswa mahasiswi seperjuangan sekalian, bahang aidilfitri sudah pun selesai biarpun masih belum melabuhkan tirainya. Namun kemenangan dan kemeriahan yang kita raikan ini akan lebih bermakna jika kita hiasinya dgn sahutan syariat untuk sama-sama mengerjakan amalan puasa sunat 6 syawal. Moga dengan keberkatan yang ada di bulan syawal ini akan di curahkan lagi pada kita ganjaran redho Allah yang berganda-ganda hendaknya. Amin......





Mahasiswa mahasiswi yang di kasihi semua, Kuliah Azhar Mansurah sudah pun memulakan pengajian baru sesi 2007/08 sejak di pertengahan ramadhan lagi. Mahupun begitu, keadaan kuliah masih kosong daripada kehadiran pelajar-pelajar samada ikhwah mahupun akhawat. Di kesempatan ini, kami di pihak DPMM ingin mengajak mahasiswa mahasiswi semua untuk bangkit bersama-sama mengembleng kekuatan bagi memulakan sesi pengajian baru ini dengan iltizam dan semangat serta cita-cita yang tinggi menuju sasaran kita untuk najah bil imtiyaz.





Banyak perkara atau urusan yang perlu kita lakukan seawal permulaan pengkuliahan, antaranya mahasiswa mahasiswi hendaklah menguruskan pembayaran rusum kuliah terlebih dahulu dan menghantar permohonan kernih pelajar bagi sesi pengajian tahun 2007/08 serta pembelian kitab-kitab kuliah di maktabah azhar. Selain itu, kita juga masih belum terlambat untuk membuat kashfu natijah bagi natijah imtihan sesi 2006/07 yang lalu.






Sehubungan dengan itu, kami bagi pihak DPMM mengharapkan kepada semua ahli DPMM untuk membuat urusan-urusan ini seawal mungkin supaya dapat mengelakkan kesesakan sebagaimana dari pengalaman-pengalaman yg lepas dalam masalah pertembungan urusan dengan kedatangan mahasiswa/wi baru samada dari muadalah ataupun STAM.





Jika di lihat dari paparan gambar yang kami sediakan ini menunjukkan keadaan harian syuun at-Thullab dan qismu al-Khozinah ketika ini yang begitu zahmah. Atas keprihatinan ini pihak DPMM menyarankan serta mengalakkan semua mahasiswa mahasiswi mansurah untuk bersama-sama menjayakan kempen ke kuliah beramai2. Bermula dgn kawan-kawan sebilik, serumah, sejiran, dan seluruhnya di semua peringkat ahli DPMM.




Sekadar peringatan bersama, jadual pengajian juga telah di tampal sejak ramadhan lagi. Di harapkan kepada semua ahli DPMM kuatkan semangat anda untuk melangkah meneruskan perjuangan dengan mengikuti kelas-kelas pengajian kuliah yang telah di langsungkan ini. Sesungguhnya, ganjaran kebaikan itu di kira dari niatnya, alangkah bahagianya niat itu jika dapat kita laksanakan juga, maka akan bergandalah nikmatnya. Ayuh mahasiswa mahasiswi sekalian, kita jangan leka dengan keseronokan semasa, buanglah tabiat sikap suka menangguh antara kita kerana ada sesuatu yang menanti kita semua di sebalik destinasi menuju ke kuliah sana. Ingatlah sahabat2 semua, najah bil imtiyaz target kita. InsyaAllah...



Akhir kalam dari kami, DPMM berharap tahun ini tahun menuju kecermerlangan bersama menghala ke arah sifir rosib dan juga mengaharapkan mahasiswa mahasiswi semua memulakan perjuangan dalam landasan yang baik agar hasrat ini dapat kita kecapi bersama dengan jayanya insyaAllah...

"Gembleng kekuatan pasak keilmuan"


Salam perjuangan dari kami AJKT/AJKH DPM Mansurah 2007/08






Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger