Anjuran Mahabbah Kukuhkan Ribat Ukhwah



klik pada iklan utuk paparan yang lebih jelas dan save untuk simpanan


Assalamualaikum w.b.t

Atas usaha dan atur cara dari Unit Hisbah UBMM DPMM yang di ketuai oleh Ust Khairul Anuar Abd Razak (Ust An), telah mengatur satu program berbentuk Mahabbah Ukhwah ibarat serpihan kasih dari ibu dan ayah bagi menyatukan objektif sasaran DPMM dan UBMM. Senarai di atas adalah senarai keluarga mutazhauwijin di bawah penyusunan Unit Hisbah UBMM yang menetapkan bahawa mereka akan di amanahkan menjadi ayah dan emak kepada bait-bait yang di senaraikan. Oleh yang demikian, secara tidak langsung seluruh ahli DPMM yang di senaraikan mengikut nama bait-bait telah memperangkatkan keluarga mutazhauwijin yang di amanahkan ini untuk rujukan samada hal-hal dalaman mahupun luaran dalam memahabbahkan antara dua hala ikhwah dan pak dam serta akhowat dan madam. Sehubungan dengan itu, Unit Hisbah juga mengharapkan program ini dapat di laksanakan dengan penuh harmoni ibarat kasih ibu dan ayah sebagai wakil untuk anak2 di perantauan bagi kita mewujudkan ribat ukhuwah sebuah keluarga yang besar bukan sahaja bahagia dan ceria ketika senang malah sama-sama dapat meringankan beban pedih sakit jerihnya menanggung kesusahan.

Firman Allah:
Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan." Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.
(asy-Syura:23)

"Usrah Bertaut Jemaah Muhibbah"

"Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan"

I'dad wa Taqdim min Unit Hisbah UBMM DPMM 2007/08

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger