Kalam Pimpinan DPMM sesi 2007/08(1)

Assalamualaikum w.b.t

Setinggi-tinggi dan selama-lamanya, marilalah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t atas segala nikmat pemberiannya serta selawat dan salam buat Rasul junjungan besar Baginda Nabi kita yang tercinta Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat-sahabatnya serta tabi' tabiin rahimahumullahu taala.

Firman Allah s.w.t:

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan dalam membuat kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya azab Allah amat berat seksaannya." (al-Maa”idah : 2)

Sahabat-sahabat di kasihi sekalian,

Apabila berbicara tentang ilmu, perjuangan pada hari ini tidak cukup dengan sekadar ilmu yang berkaitan ilmiah semata-mata seperti pengajian kitab malah wadah perjuangan dunia yang di lihat hari ini lebih meluas dengan kemodenan arus pembangunan yang menuntut kita untuk mencari kemahiran sampingan samada dari segi kemahiran teknologi mahupun kemahiran intelektualiti idealogi. Sudah pasti di sana ianya menuntut sebuah perjuangan yang lebih besar dan berat untuk di pelajari kerana ianya akan menjadi satu kewajipan yang perlu di galas kepada kita semua sebagai warga penuntut ilmu Allah di bumi Mesir yang penuh barakah ini dan seterusnya supaya dapat mempraktikkan ilmu yang kita pelajari serta menyampaikan kepada masyarakat umum sebagai mengisi pendekatan medium dakwah masa kini yang bukan hanya untuk di perjuangkan serta disebarkan di Malaysia sahaja kelak, bahkan perlu bermula dari sini. Ibarat kata dunia “bekerja ibarat hidup seribu tahun lagi, beramal seolah-olah rasa akan mati esok hari” sebagaimana yang di kalamkan oleh firman Allah berkaitan soal hidup dan mati tidak dapat kita pastikan waktunya berdasarkan Nas al-Quran:

Surah Yunus ayat 49:

"Apabila datang kepada kamu ajal yang di tetapkan (oleh Allah), maka tidak akan di lambatkannya walau sesaat dan tidak juga akan dipercepatkan sesaat."

Lantaran itu, atas dasar amanah ilmu yang dipertanggungjawabkan kepada kita semua inilah manjadi satu wasilah buat kita untuk terus memperbaiki diri seterusnya bertanggungjawab untuk bersama-sama memperbaiki keadaan sekeliling dalam pada kita mengisi keperluan-keperluan semasa untuk bekalan perjuangan pada masa akan datang.

Sahabat-sahabat disayangi sekalian,

Sebagaimana yang kita maklum, Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPMM) merupakan sebuah cawangan pentadbiran yang di tubuhkan dibawah naungan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) adalah bagi tujuan membantu melancarkan lagi perjalanan PMRAM dalam memenuhi tuntutan kebajikan ahli yang berada di Muhafazah Dakhahhiliyah. Oleh kerana itu, saya menyeru kepada sahabat ahli DPMM sekalian supaya dapat memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada semua pihak bagi menjayakan segala misi dan visi penubuhan DPMM dan PMRAM dalam semua aspek baik dari segi pendidikan, dakwah, saqofah, penglibatan program sahsiah mahupun berpesatuan dan kemahiran. Sepertimana yang di ketahui, PMRAM adalah sebuah persatuan yang berdaftar dibawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir dan objketif utama penubuhan PMRAM adalah untuk menjaga kebajikan anak melayu di bumi Mesir ini.

Oleh yang demikian, sejajar dengan apa yang dirancangkan oleh pihak DPMM dulu, kini dan selamanya berkaitan "Sasaran DPMM 2004-2009". Salah satu di antaranya adalah sasaran kemahiran dan penyampaian maklumat bagi melahirkan produk al-Azhari dan al-Azhariah yang berketrampilan tinggi dalam organisasi dan masyarakat. Selain itu, objektif sasaran ini juga adalah untuk berusaha kearah meningkatkan kecenderungan azhari dalam bidang penulisan dan sebaran am supaya dapat mengaplikasikan teknologi kemodenan yang wujud pada hari ini dengan berpaksikan penggunaannya berlandaskan batasan syariat islamiah. Maka dengan itu, dalam mencapai sasaran yang di gariskan ini, dengan kerjasama semua pihak khususnya dari Unit Khas Mansoura Multimedia Centre (MMC) yang di kelolakan oleh Pengarah bagi sesi 2007/08 dan di pantau sepenuhnya dibawah Jabatan Pengerusi DPMM di harapkan agar apa yang di rancang sejak dari tahun 2004 dapat di capai dengan jayanya insyaAllah.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Jesteru dengan ini, kami seluruh kepimpinan Dewan Perwakilan Mahasiswa/Wi mansurah Mesir sesi 2007/2008 menyeru kepada semua ahli DPMM supaya memberi komitmen sepenuhnya kepada PMRAM, khususnya DPMM dan secara amnya kepada Islam tercinta demi memartabatkan islam yang sebenar bukan hanya pada nama malah dari seluruh aspek kehidupan. Komitmen sahabat-sahabat sekalian sebenarnya memberi satu suntikan semangat kepada kami di peringakat kepimpinan bagi meneruskan agenda dakwah yang penuh cabaran ini. Dengan itu, marilah sama-sama kita berganding bahu berkerjasama memperlengkapkan diri di samping nasihat-menasihati di antara satu sama lain agar mengisi kelapangan masa dan kesempatan yang ada di bumi ambiya' ini dengan segala keperluan dalam mencari ilmu yang bermanfaat samada untuk diri, keluarga, bangsa, agama dan negara.

kalam renungan untuk semua,

Berkata Saidina 'Ali Karramallahu Wajhah,

"Barang siapa yang bersusah payah melakukan perkara yang tidak memberikan manfaat kepadanya, nescaya akan hilang daripadanya perkara yang memberikan manfaat kepadanya".


Akhir kalam, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama kepada kami bagi menjayakan gerak kerja ini.

Sekian Jazakumullah Khoirun Jazak


wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.


I'dat min,

ABD KADIR UMAR
PENGERUSI DPMM

SESI 2007/2008.

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger