Mereka Wira Kami -Satu Kebanggaan-

Slide Show Piala Presiden 2008

Assalamualaikum w.b.t

Stadium Abbasiyah, Cairo, 2 - 7 FEB 2008: Kejohanan Bolasepak Piala Presiden (PMRAM Presiden Cup 2008) telah dilangsungkan dengan jayanya selama hampir seminggu berakhir khamis minggu lepas. Kejohanan pembuka tirai 2008 ini dianggap paling berprestij dan gemilang dianjurkan dibawah Lajnah Kebudayaan Keseniaan dan Sukan PMRAM. Kontijen Mansurah tidak ketinggalan sama-sama turut serta memeriahkan acara yang dinanti-nanti dengan harapan dan impian sebutir kemenangan. Beridentitikan warna putih dan kuning DPM Mansurah melalui pasukan keramatnya SRI PUTRA FC berjaya memberikan saingan yang sengit dan menarik hingga digeruni pihak lawan. Tetapi badi suku akhir Piala Malaysia tahun lepas terus melekat pada pasukan ini apabila tewas mengejut ditangan pihak lawan.

Sinopsis kejohanan

Kejohanan kali ini dianggap luar biasa apabila beberapa pasukan pilihan tersungkur awal malah gagal melepasi saingan peringkat kalah mati (Suku akhir). Tiada lagi pasukan yang digeruni seperti Kedah, Tanta, Terengganu dan Perlis apabila tersingkir diperingkat kumpulan malah Damanhur dan Mansurah yang dianggap pasukan pilihan ke akhir juga tumpas mengejut di Suku akhir. Hanya Sabah dan Syubro sahaja yang mampu melepasi saingan ini tetapi Sabah juga tewas mengejut ditangan lawan yang lebih lemah. Menurut wakil penganjur kejohanan, saingan pada tahun ini memberi peluang kepada pasukan-pasukan bukan pilihan untuk mara ke akhir sebagai underdog.

Laluan pasukan Mansurah,

Dengan gabungan pelajar kuliah Al-Azhar dan kuliah Perubatan pasukan Mansurah menampilkan beberapa muka baru sehingga berjaya mencuri perhatian semua pasukan yang bertanding. Mansurah pada awalnya diundi bersama pasukan Kuala Lumpur, Damanhur, Sarawak dan Perlis dalam kumpulan D. Bermula dengan cemerlang apabila mengalahkan Kuala Lumpur 4-0, kemudian membelasah Sarawak 6-1 dan menjinakkan pasukan Perlis 1-0 sekaligus layak keperingkat suku akhir. Pada saingan terakhir melawan Damanhur diperingkat kumpulan Mansurah merehatkan beberapa pemain tonggak dan tewas 0-1 tetapi layak secara automatik selaku naib juara kumpulan. Menurut pengurus pasukan Encik Mohd Nor B. Hasan kekalahan ini merupakan satu strategi supaya mengelak dari bertemu lawan yang lebih sukar diperingkat seterusnya.

Menuju kemenangan dengan kekalahan,

Pada saingan peringkat kalah mati (suku akhir) Mansurah diundi bertemu Dumyat."Boleh dikatakan Mansurah menguasai hampir 95% permainan", kata seorang penotong fanatik Mansurah. Serangan bertalu-talu kekubu dan pintu gol Dumyat menyebabkan pasukan Dumyat hanya mampu bertahan sehingga akhir permainan. Namun tiada gol yang mampu dihasilkan oleh Mansurah."Inilah kalau dah tiada rezeki serang macam manapun tak gol juga. Agaknya ini taktik Dumyat,bertahan sahaja!!". Perlawanan yang dilangsungkan selama lebih setengah jam itu berakhir dengan 0-0 sehingga memaksa pengadil memutuskan untuk diadakan sepakan penalti bagi menentukan pemenang. Dua sepakan awal pasukan Mansurah gagal disudahi dengan baik manakala Dumyat berjaya mengambil peluang kedua-dua sepakan tersebut dengan menghasilkan gol. Pada sepakan ketiga dan keempat giliran Mansurah berjaya menghasilkan gol penalti manakala Dumyat gagl menjaringkan gol bagi menjadikan kedudukan terikat 2-2. Pada sepakan kelima giliran DUmyat mengambil sepakan penalti dan berjaya di tampan oleh penjaga gol Mansurah iaitu Ust Shauqi. Namun ianya tidak dikira kerana beliau dianggap melepasi garisan gol dan sepakan semula diambil. Akhirnya membuahkan hasil dan memberikan kemenangan kepada pasukan DUmyat. Begitulah berakhirnya gimik serta magic dalam perlawanan bola.

Harapan dan sokongan padu seluruh ahli,

“Inilah dikatakan bulatnya BOLA yang tidak bersisi, jika ditendang padu nun jauh melepasi, perginya tidak di minta berhenti, berakhir melainkan sampai ke destinasi, tetapi kekadang ianya hanya mampu singgah di palang penjaga goli, bila dileretkan perlahan melencong, di sentuhnya hangat tak mahu pastinya akan di sambut penjaga tiang (gol), begitulah di namakan adat permainan bola di padang, takdirnya yang kalah pasti tak kan menang”.

Biarpun kekalahan Mansurah tahun ini kembali berulang, dengan penuh harapan satu hari nanti pasti akan datang sang wira pengempur muda mampu menyandang kecemerlangan yang dapat membuka mata peminat bola di bumi mesir ini, kata Pengerusi DPMM yang sanggup bertandang di hari perlawanan sebagai tanda sokongan padu beliau. Apa pun, kami seluruh ahli DPM Mansurah tetap menyokong sepenuhnya perjalanan atlit-atlit mansurah yang menjadi wakil mansurah ke temasya sukan berprestij itu.

Sekalung tahniah untuk mereka dari kami,

Kami DPM Mansurah ingin merakamkan sekalung tahniah dan setinggi ucapan penghargaan kepada semua atlit Piala Presiden yang mewakili mansurah dengan anugerah yang di sandang selaku Corak Permainan Terbaik. Dengan anugerah yang di sampaikan ini, terbuktilah kesungguhan yang di tunjukkan bahawa mereka adalah yang terbaik di Mansurah dan di nobatkan juga selaku yang terbaik di semua mata-mata peminat bola di seluruh mesir. Moga starategi ukhwah yang di ribat di kalangan atlit muda dan atlit lama yang berpengalaman akan mampu mengemudi sekali lagi di masa akan datang. Sepertimana yang di terapkan dalam kejohanan di peringkat Mansurah sendiri, inilah hasil dari program perlaksanaan yang di anjurkan, moga yang muda dapat menimba pengalaman dengan yang lebih veteran, begitulah sebaliknya yang veteran mampu berkongsi pengalaman untuk mengasuh atlit-atlit baru tahun ini agar mereka ini satu hari nanti dapat mencapai semua matlamat dan impian kita untuk melakar kejayaan yang lebih tinggi.

Di kesempatan ini, AJKT DPMM ingin mengajak semua sahabat-sahabat untuk sama-sama menjayakan program keramaian seperti ini bagi memupuk sifat ukhwah yang mendalam di antara ahli dengan harapan akan dapat menghasilkan sebuah kesatuan yang terbaik insyaAllah. Tidak lupa juga, di kesempatan peluang yang ada ini UKKS DPMM ingin mengajak seluruh peminat-peminat sukan sama-sama turun memberikan komitmen dengan program akan menyusul bermula sabtu ini perlawanan liga mansurah bertempat di padang kuliah banin, jamiah al-Azhar asy-Syarif.

Senarai atlit kebanggaan Mansurah di Piala Presiden 2008

[Jurulatih] Fikri (kuliah)

[Pengurus Pasukan] Mat Noq (kuliah)

[Kapten] Fadhli (kuliah)

[Keeper] Shauqi (kuliah) - & Muhaimin Pak Ya - (kuliah)

[Pertahanan] Daing (kuliah) - Syamir (Tib) – Fadhli (kuliah) – Leh (Tib)

[Tengah] Ariff (Tib) - Saiful Islam (kuliah) – Fakhrurrazi (Tib) – Aiman (Tib)-

[Penyerang] Akhimullah (Tib) - Adnan (Kuliah) – Faisal (Tib)

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger