Imbasan SULAM '08



Slide show Festival Sukan Keluarga Mansurah Sulam '08.

Assalamualaikum w.b.t

M
ansurah, 8 - 15 MAC 2008: DPJA, Acara pembukaan pada hari ini iaitu 8 Mac 2008 bersinar dengan obor perasmian Festival Sukan Keluarga Mansurah (SULAM '08) yang berjaya disempurnakan dengan jayanya oleh wakil Badan Pengurus PMRAM,Ustaz Fakerei Muhaiyidin.Majlis perasmian yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Fahmi Md.Yusop bermula dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Ustaz Mohd Nor Ehsan Kamaruzzaman,disusuli dengan ucapan pengarah SULAM '08,Ustaz Mohd Nawawi Ali Mustofa.Di dalam ucapan beliau menjelaskan beberapa objektif utama program SULAM '08 pada sesi ini.Majlis kemudiannya diserikan dengan kalam pengerusi DPMM,Ustaz Abdul Kadir Umar yang mengharapkan semua ahli dari pelbagai peringkat dapat terlibat dan menjayakan program tersebut.Pada sesi akhir majlis, sebuah persembahan nasyid telah disampaikan oleh Bazli Hazwan Che Osman bagi menambahkan lagi keceriaan majlis.Majlis ditangguhkan pada 9.30pagi.
Hari pertama program SULAM '08 diteruskan lagi di DPJA pada sebelah malamnya setelah acara perlawanan futsal diadakan pada sesi pagi.Program yang bermula pada jam 9.00malam itu telah dimulai dengan beberapa pertandingan seperti pumping,gusti lengan dan catur.Acara pumping atau tekan tubi itu telah disertai oleh 8 orang dari setiap kumpulan iaitu kumpulan ibnu Sina,al-Farabi,al-Kindi dan ibnu Tufail yang masing-masing menghantar 2 orang wakil.
Pada tarikh 9 Mac iaitu hari kedua berlangsungnya acara dewan untuk akhwat yang bermula pada jam 7.00 pagi.Antara acara yang dipertandingkan adalah dart,ping-pong perseorangan dan beregu.Pertandingan yang berkonsepkan kalah mati ini,bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat yang terpendam disamping memantapkan semangat ukhwah dikalangan ahli.Sebanyak 6 kumpulan termasuk pelajar perubatan mengambil bahagian dalam SULAM '08 iaitu kumpulan Mish-mish(Hayyu Syark&Salam),Tuffah(Utubis Jadid&Belakang Kuliyyah A),Rumman(Depan Kuliyyah A&Mauqaf Kiri),Burtuqal(Mal'ab&Belakang Kuliyyah B),Faraulah(Depan Kuliyyah B&Mauqaf Kanan) dan Syamam(Tib Akhwat).Tepat jam 9.45 pagi,pertandingan ditangguhkan.
Pada sebelah petangnya pula,suasana dewan menjadi gamat dengan telatah lucu anak-anak cilik Mansurah apabila berhempas pulas memecahkan belon dalam slot "Ummiku Sayang".Antara lain yang menarik perhatian adalah acara gubahan kek dan slot "Muslimah Idaman" dengan penampilan bergaya seorang wanita berkerjaya dan keayuan raja sehari.Bagi ikhwah pula,acara dewan yang dijangkakan bermula seawal jam 9.00 malam itu,menyaksikan beberapa acara yang dipertandingkan.Antaranya,FIFA '07,sambungan catur dari malam sebelumnya,angkat besi dan patah besi.Pun begitu antara acara yang unik pada malam itu ialah FIFA '07 dimana perlawanan tersebut dilangsungkan secara virtual.
Sukaneka ikhwah diteruskan lagi pada hari ketiga iaitu 10 Mac di padang kuliyah banin.Antara acara yang dipertandingkan adalah acara bola tampar,sukaneka dan marathon.Acara sukaneka yang dipertandingkan adalah basikal lambat,tiup tepung dan sebagainya.Manakala permainan bola tampar yang merupakan acara sambungan menemukan kumpulan al-Farabi dan al-Kindi.Selepas asar,acara marathon dimulakan.Acara ditamatkan pada 5.30 petang.
Manakala bagi akhwat,acara telah bermula seawal jam 7.00 pagi dengan dimulai dengan pertandingan tahfiz al-Quran Juz Amma bagi pelajar kuliyah dan musabaqah bacaan Qiraat yang julung-julung kalinya diadakan khusus untuk pelajar Qiraat telah berlangsung di Markaz 2.Pada masa yang sama juga,2 pertandingan lagi dijalankan di DPJA iaitu Win Loose and Draw dan Sabiq Wa Lahiq.Lebih kurang pada jam 4.30 petang sukaneka akhwat dimulakan dengan acara seperti meniup tepung,ikat kaki dan dadu beracun.Sukaneka berakhir hampir jam 5.30 petang dan akan disambung pada keesokan harinya dengan 3 lagi permainan iaitu The Giant,Dragon Ball dan Run Away.
Pada hari keempat,11 Mac.Seawal jam 7.30 pagi,DPJA dipenuhi oleh akhwat yang datang dengan kesungguhan serta semangat yang jitu untuk menyertai acara yang dipertandingkan.Antaranya dam haji,catur dan diikuti dengan karom perseorangan.Sorakan bergema di DPJA menunjukkan ikatan yang telah disulam akan menyemaikan ukhwah yang kita semua impikan iaitu ukhwah kerana-Nya yang diharapkan berkekalan hingga ke akhirnya.Pertandingan berakhir pada jam 11.30 pagi. Tepat jam 1.00 petang,DPJA dibanjiri lagi oleh akhwat yang datang dengan semangat dan kesungguhan kerana ingin menyaksikan pertandingan nasyid yang mana amat dinanti-nantikan oleh azhariyyah di Mansurah.Ini menunjukkan nasyid adalah wadah yang menarik untuk kita berhibur.Menarik lagi nasyid petang itu diselang-selikan dengan pertandingan sajak yang bertemakan "Ikatan Disulam Ukhwah Disemai".Turut menjadi perhatian ialah demonstrasi silat oleh Skuad Puteri Mansurah.Dalam masa yang sama turut berlangsung acara padang bagi ikhwah,iaitu acara tarik tali.Sementara itu,di sudut yang lain pula dilangsungkan perlawanan bola tampar sambungan dari perlawanan semalamnya.Disamping itu,tidak ketinggalan juga acara-acara ringan seperti tiup belon,bola beracun,kaki tiga dan basikal lambat.Antara acara balapan yang turut dilangsungkan pada petang Rabu tersebut ialah acara pecut 100 meter,4X100 meter dan 4X400 meter.Disebelah malamnya pula di DPJA,riuh rendah dengan sorakan bagi perlawanan ping-pong secara beregu dan acara-acara dewan seperti dam haji dan karom.Kemudian diikuti pula dengan acara nasyid yang mana telah dipertandingkan pada jam 10.30 malam.
Hari terakhir Sukan Keluarga Mansurah iaitu 12 Mac ditutup dengan acara pertandingan yang mana terbuka kepada semua individu akhwat yang berminat.Pertandingan tersebut telah tamat setelah 2jam dengan sesi fotografi para peserta dengan hasil tulisan khat masing-masing.
Setelah 2 hari berehat, Festival Sukan Keluarga Mansurah (SULAM '08) telah melabuhkan tirai pada 15 Mac 2008,di Dewan az-Zahabiah dengan dirasmikan oleh wakil kedutaan Malaysia JPMK iaitu Encik Yazit b. Kechik.Selain itu majlis perasmian penutup turut diserikan lagi dengan pelbagai acara dan persembahan.Antaranya ialah, persembahan nasyid oleh Bazli Hazwan Che Osman(UNIC) dan juga kumpulan nasyid Zulfan,persembahan silat,kompang,sajak dan sebagainya.Dalam majlis tersebut turut berlangsung acara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dan juga penyampaian anugerah khas.Majlis bersurai pada jam 5.00 petang. Semoga ukhwah fillah akan terus berkekalan hingga ke akhr hayat.


Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger