FITNA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Sahabat-Sahabat Yang dirahmati Allah,

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani
tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama
mereka. Katakanlah, Sesungguhnya petunjuk Allah itu petulah petunjuk (yang
sebenar)." Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu
(kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada perlindungan dan penolong dari
Allah." surah al-Baqarah ayat 120.

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa mereka dari puak-puak yahudi dan
Nasrani samasekali tidak akan merasa senang hati dan mereka tidak akan
sekali-sekali merasa senang duduk dengan adanya Islam melainkan orang Islam
menggugurkan agama mereka dan mengikut jejak si Yahudi dan Nasrani.
Tetapi apakah kita merasa tidak perlu untuk kita mendakwah mereka? sudah
pasti jawapannya Bahkan ia, kita perlu mengajak mereka ke arah Islam
yang sebenar kerana Islam adalah agama yang sebenar untuk seluruh umat
Manusia. Saya tinggalkan ayat ini untuk kita fikirkan bersama.

Mahasiswa-mahasiswi yang dirahmati Allah,

Baru-baru ini kita ada mendengar serta melihat tentang Filem yang
dikeluarkan oleh seorang Ahli Parlimen Belanda Greet Wilders iaitu Filem
bertajuk "Fitna". Apakah sensitiviti kita dengan tersebarnya filem ini?
Apakah kita merasa senang duduk setelah melihat filem ini begitu meluasa
disebarkan? Apakah kita masih gelak ketawa dengan filem yang telah
disiarkan ini? Mereka golongan kuffar pada hari ini dengan mudah merobek
keizzahan Islam itu sendiri mereka dengan tidak pernah merasa sensitiviti
dengan agama-agama lain khususnya Islam dengan mudah mempamerkan
fitnah-fitnah,caci maki dan kata-kata kesat kepada Islam dengan menayangkan
filem,poster, karikatur dan lain-lain. Apakah sensitiviti ini kita
rasai? saya tinggalkan sahabat-sahabat yang punyai akal untuk berfikir dan
merenung sementara nyawa yang akan direntap tidak dipersoalakan oleh
golongan-golongan mereka yang dihina oleh puak-puak ini. Kamu punyai ilmu
maka gunakanlah dengan sebaiknya kepada kebaikan. Kamu punyai hati
maka rasailah keperitan saudara-saudara semuslim lain.

Filem yang ditayangkan,telah mecemarkan nilai Islam itu sendiri, filem
yang disiarkan mengatakan bahawa Islam adalah agama pengganas, Islam
adalah agama yang kejam dengan memutarkan ayat-ayat jihad dan mengaitkan
ayat-ayat tersebut dengan keganasan Islam dan kekejaman Islam. Mereka
yang tidak memahami tentang ayat-ayat jihad dengan sesuka hati berbuat
demikian. Diantara papaparan video yang diketengahkan termasuk tafsiran
sendiri ayat alQuran , sikap tidak fleksibel Islam terhadap golongan
murtad, temuramah dengan budak 3.5 tahun, ceramah jihad bersemangat
dimasjid, hujah peribadi individu dan yang kesemuanya cuba dijadikan bukti
tentang kezaliman umat Islam Bagaimana mereka mendapat bukti tersebut
secara tidak langsung bersumberkan orang Islam sendiri yang turut memberi
sumbangan kepada musuh untuk menghancurkan agama Allah. Mereka
membangkitkan bahawa holocaust yang sebenar akan diakukan oleh umat Islam dan
untuk mengapi-apikan Islam dengan bukan Islam didunia ini mereka
menghebohkan kenyataan Islam mahu menakluk dunia dan memusuhi semua agama
lain Yahudi , Kristian, Buddha , Hindu dan sebagainya.

Cuba kita sama-sama meneliti ayat yang ke-60 daripada surah Al-Anfal
yang mereka kaitkan dengan tragedi 11 september seolah-olah Islam yang
melakukan perkara tersebut sedangkan sehingga kini tiada bukti mengatakan
bahawa ia adalah disebabkan oleh Orang Islam itu sendiri. Mereka juga
seolah-olah ingin membayangkan bahawa ayat tersebut menjurus kepada
mereka yang berjihad di Jalan Allah dengan menghunus senjata tanpa
mengenal musuh. Menurut tafsiran para ulama' ayat berkenaan lebih menjurus
kepada persiapan selaku seorang muslim terhadap musuh-musuh Allah bagi
menyiapakan segala persiadaan dalam menghadapi musuh Allah sekiranya
mereka ingin menyerang Islam itu sendiri. Mereka yang diperangi juga
mempunyai beberapa tingkatan, sekiranya mereka adlah kanak,orang-orang tua
mereka yang menyerah diri mereka ini tidak kita perangi. Beginilah ajaran
Islam yang sebenar.

Seterusnya berkaitan dengan ayat ke-58 surah an-Nisa', ayat ini jelas
menggambarkan bahawa Allah akan menyiksa mereka (orang-orang kafir) yang
mengingkari ayat-ayat Allah S.W.T. dengan siksaan yang amat pedih.
Ayat ini bukanlah menunjukkan kepada orang-orang kafir secara umumnya
tetapi ia adalah kepada mereka yang mengingkari ayat-ayat Allah S.W.T.
Seterusnya ayat-ayat lain yang mereka utarakan kesemuanya adalah
bertentangan dengan kehendak yang Allah S.W.T. sarankan kepada manusia ammnya.

Sahabat-sahabat sekalian,

Kita sebagai golongan agamawan perlu meniliti dan perlu merasa sensitiv
terhadap dakwaan serta cacian mereka terhadap agama yang suci murni
ini. Islam adalah agama kita maka wajib ke atas kita untuk
mempertahankannya walau dengan apa cara sekalipun. Sebagai contoh, para Ulama' telah
meletakkan bahawa hukum kita mempertahankan negara apabila diserang
musuh adalah wajib. Jangan kita menganggap perkara ini adalah hanya perlu
difirkan oleh mereka-mereka yang punyai ilmu agama yang tinggi tetapi
ia perlu difikirkan oleh sekalian manusia yang beragama Islam. Bilamana
kita melihat setelah beberapa minggu filem ini dikeluarkan, ramai
daripada golongan umat Islam bangkit mempertahankan agama Islam yang suci
murni ini. Antara mereka yang bangkit adalah Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi
secara jelas mengutuk tindakan tersebut dan menggalakkan umat Islam
seluruhnya memboikot barangan yang dikeluarkan daripada Belanda. Begitu juga
kita melihat Majlis Ulama Indonesia mendesak pemerintah negara itu
supaya menyekat laman web YouTube yang memuat filem “Fitna” ciptaan
anggota Parlimen Belanda, Geert Wilders.

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menegaskan kepada seluruh umat Islam agar
menggariskan lima perkara penting dalam menangani perkara ini bagi
memperlihatkan kesucian Islam itu sendiri antaranya :-

1- Kita perlu menolak kenyataan-kenyataan mereka secara Ilmiah dengan
melihatkan kepada mereka tentang sejarah-sejarah Nabi S.A.W. tedahulu
dalam berhadapan dengan golongan-golongan kafir musyrikin.

2- Penolakan Dari segi siasah, Negara-negara Islam yang ada perlu
meletakkan satu mauqif secara tegas bagi mempertahankan baginda Nabi dan
juga Islam itu sendiri.

3- penolakan kebangsaan atau bangsa dengan menekankan pemerintahan
kaum muslimin utk memiliki sikap tegas berdasarkan keimanan bahawa umat
islam masih hidup dan masih memiliki kecintaan besar terhadap
keyakinannnya (Islam)

4- Penolakan di lapangan seni dan penyiaran atau budaya,Dr. Yusuf
Al-Qaradhawi menjelaskan kepentingan kepentingn kerja-kerja media eletronik
khususnya filem2 dan cerita berangkai di dalam usaha untuk
memperbetulkan gambaran salah terhadap islam.

5.Perkara kelima ialah penolakan dari segi Ekonomi dengan memboikot
produk-produk keluaran Belanda. Dr Yusuf Al-Qaradhawi memibaratkan
barangan boikot seperti " Senjata yang akan menyakitkan sesebuah kaum "


Mahasiswa-mahasiswi sekalian,


Justeru, semua umat Islam diingatkan supaya senantiasa berada dalam
tali Allah kerana semakin dunia ini menghampiri Qiamat golongan kuffar
akan bersatu menentang Islam dalam segala aspek dan menjadi tanggungjawab
umat Islam memperjuangkannya sehingga keakhir hayat.
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger