Bicara Santai : Sembang kahwin - Bersama UBM Mansurah

klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas

Assalamualaikum w.b.t

Salam bahagia buat seluruh warga DPMM, samada penuntut mahasiswa mahasiswi dari Kuliah Dirasat Islamiah mahupun Pelajar Perubatan. Bersempena dengan cuti musim panas ini, dibawah selia cara oleh Unit Bait Muslim Mansurah (UBMM) akan mengadakan program NUR KASIH '08 buat julung kalinya yang di adakan bagi meraikan walimatul 'urus untuk pasangan yang telah berkahwin diantara ahli DPMM sepanjang tahun 2008 ini.

Antara aktiviti menarik yang di rancangkan bersempena program NUR KASIH '08 adalah program bicara santai : sembang kahwin bagi memberi peluang dan pendedahan terbuka kepada seluruh peserta di bawah slot anda bertanya kami menjawab dalam mengupas isu-isu berkaitan :
~ Urusan pentaqdiman.
~ Prosuder pernikahan di KEDUTAAN.
~ Cerita dari gerbang perkahwinan.
~ Perancangan Keewangan Rumah Tangga.
~ Persediaan sebelum, ketika, dan selepas perkahwinan.
~ Dan Lain-lain lagi yang tentunya menarik dijanjikan untuk anda.

Berhubung dengan itu, UBMM membuka penyertaan kepada siapa yang berminat samada Bait-bait Muslim dari luar Muhafazah Mansurah mahupun BKAN-BKAN. Berikut adalah tentatif program bagi program ini:

3 Rejab 1429 / 6 Julai 2008

Bertempat di DPJA, DPM Mansurah

8.00 am : Kehadiran para ahli DPM
9.00 am : Majlis pelancaran program NUR KASIH ‘08
9.15 am : Bicara Santai : “Sembang Kahwin”
10.15 am : Sesi Dialog (anda tanya kami jawab)
1.00 pm : Solat Zohor berjemaah dan Bersurai.

Moga-moga program ini diberkati oleh Allah, dan diharapkan kepada sahabat-sahabat yang berminat untuk menyertainya dapat hadir beramai-ramai.

"JULANG THAQOFAH, BAKTI DICURAH"

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger