Seminar Siasah Islamiah [SiNAR '08]


Klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas


Assalamualaikum w.b.t

Salam ukhwah dari kami DPMM untuk seluruh ahli yang masih terus tetap berpendirian teguh mengikuti perjalanan baki-baki program dari taqwim DPM Mansurah pada penggal kedua tahun 2008 ini, kami ingin mengajak semua saudara saudari ikhwah wa akhowat untuk sama-sama kita manfaatkan cuti musim panas kita dengan program yang berbentuk ilmiah. kali ini, UPEP sekali lagi menjemput seluruh ahli yang masih ada di bumi Jazirah al-Ward ini untuk sama-sama mengikuti program anjuran UPEP DPMM dengan Seminar Siasah Islamiah [SiNAR '08].

Berikut adalah maklumat Program SiNAR '08:
Hari : Rabu
Tarikh : 13 Ogos 2008
Masa : 7am-4.30pm
Pendaftaran : LE3 [termasuk sarapan & kertas kerja]
Tempat : DPJA
Tajuk Seminar : Rujuk Iklan di atas untuk maklumat lanjut.

Mudah-mudahan apa yang di rancang ini di berkati hendaknya kepada seluruh jentera-jentara pelaksana dan peserta program SiNAR '08 samada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Kami seluruh AJK Pelaksana menjemput seluruh ahli yang mempunyai kelapangan masa untuk sama-sama turut meraikan serta mengikuti majlis yang di anjurkan ini. moga di sana kita perolehi manfaat dari apa yang telah di rancang bersama.


"JULANG THAQOFAH, BAKTI DICURAH"
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger