Selamat sejahtera kepada semua sidang hadirin pembaca yang melayari laman web rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPMM).
Selaut kesyukuran yang infiniti saya panjatkan ke hadrat Allah Taala, Rabbul Izzati yang berkuasa terhadap tiap-tiap sesuatu dan mentadbir seluruh cakerawala dengan sebaik-baiknya. Terima kasih kepada Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan DPMM kerana sudi memberikan sedikit ruang untuk saya berbicara di dalam ruangan rasmi kampus cawangan Mansurah.
Mansurah merupakan satu-satunya cawangan yang menempatkan mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang meliputi seluruh bidang pengajian iaitu pengajian agama dan perubatan seumpama kampus induk di Kaherah. Ini merupakan suatu kelebihan yang sepatutnya diambil peluang oleh semua pihak untuk memastikan kelangsungan perjalanan dakwah Islam seiring dengan mahasiswa mahasiswi perubatan.
Secara tidak langsung, pada tahun ini saya selaku Naib Presiden II merangkap Ketua Lajnah Muhafazah PMRAM sesi 2008 diamanahkan untuk memastikan segala urusan dan perjalanan anak-anak Malaysia di cawangan-cawangan berjalan lancar. Sumbangan idea dan gemblengan tenaga dari semua pihak amatlah dialu-alukan demi memastikan kelangsungan segala program yang disusun oleh AJKT DPMM mewakili PMRAM mampu dilaksanakan dengan jayanya.
" JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH "
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
MOHD RASUL BIN AMAT,
Naib Presiden II,
Merangkap Ketua Lajnah Muhafazah,
Sesi 2008/2009.