Makluman Berkaitan Hari Raya Aidilfitri 1429H

Sila Klik Untuk Paparan Yang Lebih Jelas

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Di kesempatan sempena menyambut hari yang mulia ini, barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) dan Ahli Jawatankuasa HEWI (AJKH) Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPMM) dengan ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pengunjung Web Blog Rasmi DPMM dan seluruh ahli DPMM. Semoga Syawal yang bertandang bakal menyerikan lagi landskap hari kemenangan kita.

Sila Klik Untuk Paparan Yang Lebih Jelas


Makluman Pertama

Gema Takbir

Pihak DPMM akan menganjurkan Gema Takbir sempena Hari Raya Aidilfitri 1429 H ini. Butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh: 30 Ramadhan 1429 H bersamaan 30 September 2008
Hari: Selasa
Masa: 5.30 petang
Tempat: Dewan Persada Jazirah Al-Ward, Utubis Jadid.

Dengan itu, dijemput kepada semua ikhwah untuk sama menghidupkan Malam Gema Takbir sempena Hari Raya Aidilfitri 1429 H di samping menikmati jamuan yang disediakan. Semoga kehadiran anda mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.


Makluman Kedua
Simfoni Aidilfitri 1429 H

Marilah beramai-ramai memeriahkan pagi raya anda bersama DPMM di program SIMFONI AIDILFITRI 1429 H. Butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh: 1 Syawal 1429 H bersamaan 1 Oktober 2008
Hari: Rabu
Masa: 9.00 pagi (Selepas Solat Sunat Aidilfitri)
Tempat: Dewan Persada Jazirah Al-Ward, Utubis Jadid.

Antara Yang Menarik:
  • Perutusan Aidilfitri daripada Presiden PMRAM 2008
  • Jamuan Hari Raya
  • Penyampaian Hadiah-Hadiah Istimewa
  • Persembahan Istimewa daripada Usrah Al-Wehdah
  • Celoteh DJ 'Celup' dan banyak lagi

Justeru, semua ahli DPMM dijemput hadir bagi memeriahkan hari raya anda. Semoga kehadiran anda bakal menyemarakkan hubungan ukhuwwah sesama kita di Persada Jazirah Al-Ward ini.


Sila Klik Untuk Paparan Yang Lebih Jelas


Makluman Ketiga
Majlis Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri (Akhawat)

Istimewa kepada semua akhawat dan mutazawwijin di DPMM, anda dijemput hadir untuk menghadiri Majlis Solat Sunat Aidilfitri 1429 H. Butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh: 1 Syawal 1429 H bersamaan 1 Oktober 2008
Hari: Rabu
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Dewan Persada Jazirah Al-Ward, Utubis Jadid.

Antara Tentatif Majlis:
  • 7.00 pagi - Takbir Raya
  • 8.00 pagi - Solat Sunat Hari Raya dan Khutbah
  • Perutusan Aidilfitri daripada HEWI PMRAM
  • Ucapan Wakil HEWI DPMM Sesi 2008/2009
  • Perutusan Aidilfitri daripada Presiden PMRAM 2008
  • Jamuan Raya
Diharap kepada semua mahasiswi dapat HADIR AWAL bagi melancarkan perjalanan majlis.

Sila Klik Untuk Paparan Yang Lebih Jelas


Makluman Keempat
Simfoni Aidilfitri dan Rumah Terbuka HEWI DPMM

Kepada semua mahasiswi di bumi Mansurah, anda dijemput hadir ke Majlis Simfoni Aidilfitri dan Rumah Terbuka HEWI DPMM. Butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh: 2 Syawal 1429 H bersamaan 2 Oktober 2008
Hari: Khamis
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Persada Jazirah Al-Ward, Utubis Jadid.

Pelbagai aktiviti menarik bakal menghiburkan hari raya anda di samping penyampaian beberapa anugerah. Antaranya:
  • Busana Raya Tercantik
  • Juadah Raya Unik
  • Anyaman Ketupat
  • Ramah Mesra Bersama AJK HEWI Sesi 2008/2009
  • Celoteh DJ Khas dan macam-macam lagi
Datang jangan tak datang. Bersama-sama kita memeriahkannya. Semoga dengan adanya program yang bakal diadakan bakal memeriahkan lagi Hari Raya Aidilfitri 1429 di samping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita

Sekian makluman untuk semua ahli DPMM.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

"JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH"


Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger