Sepintas Lalu...Imbasan EGP '08

Di perkarangan Dataran Asyir, kelibat 2 insan yang bernama akhwat bertemu kembali, bukan di Mansurah tetapi di kaherah dengan satu niat dan satu matlamat

Ana : Assalamualaikum..kaifahaluki ya ukhti?..sibuk nampak…

Ani :Waalaikumussalam, biasa lah.Sekarang ni kan sibuk dengan persiapan EGP’08 bersempena dengan perayaan menyambut kemerdekaan kali ke 51. Jadi, mestilah memerlukan persiapan yang teliti bagi melicinkan program tersebut.

Ana :Ohh..terlupa kite..Apa yang dimaksudkan dengan EGP ’08 ni? Mengapakah dinamakan sedemikian?

Ani :EGP’08 bermaksud Ekspo Gempak PMRAM yang mana PMRAM kali ini membawa sedikit kelainan dengan mengadakan pelbagai aktiviti bukan sahaja sukan tapi juga diadakan jualan yang diadakan oleh PROSMA sebagai satu sumbangan kepada rakyat Palestine, Bazaria dan juga Pameran. Program kali ini juga diselangi dengan talkshow dari Unit Baitul Muslim (UBM) dan juga diskusi ilmiah mengenai hakikat kemerdekaan Malaysia yang sebenar.

Ani :Memang gempak betul ni..

Sepanjang Program EGP’08 ( 16 – 19 OGOS 2008)

Ani :Assalamualaikum..enti tak masuk apa-apa pertandingan EGP’08 ke? Mana tau jadi wakil untuk Mansurah ke? Rasa-rasanya kontijen Mansurah hantar wakil dalam semua acara kecuali satu pertandingan sahaja..betul ke?

Ana :Waalaikummussalam..Kite ni masuk je pertandingan cumanya dapatlah nombor satu ke belakang, nombor depan dah penuh..Kontijen Mansurah yang mewakili zon D telah menghantar wakil dari pelbagai negeri dan bahasa dalam semua acara dewan dan padang kecuali pertandingan pantun..Rasanya bukan tak pandai, selalu juga ahli kita ni berpantun lagi-lagi bila jadi MC tapi selalu tak cukup 4 kerat. 3kerat je..hehehe..

Ani :Wow! Hebat tu..dalam kepayahan mencari atau dalam bahasa BInya “DETECT”ahli, alhamdulillah..banyak juga penyertaan. Mansurah ni bukan calang-calang ahlinya. Walaupun penyertaan banyak ‘last minute’tapi banyak juga kontijen Mansurah menggondol juara dan naib johan.

Ana :Memang! Zon kita yang ke-3 terbaik, dengan nama gelarannya Naelah Al-Farafisya yang dililit di kepala dengan kain kuning yang nampak gah seperti srikandi lagi-lagi bila disinari cahaya matahari dengan kehadiran ahli lebih dari 50 orang. Jom kita lihat senarai acara dan pemenang-pemenangnya..

Acara dewan

Debat(johan ) : Fadhilah Esa, Tuan Nazifah Tuan Long dan Yasidah Abu Bakar
Slide Show (johan ) :Siti Arbaiyah Mohd Saron
Who wants to be a Daie (Johan ) : Athirah Muhamad Ajos
Nasyid (Naib Johan ) :Unit Soutul Mujahidah (USM )
Pidato (Naib Johan) :Najwa Musa

Acara Padang

Bola Jaring (Naib Johan ) :Noor Nihlah, Khairunnisa’, Khairul Najwa, Azizah, Rahimah, Sh. Kamilah, Siti Arbaiyah, Nurshafieza, Nurul Shuhada dan Athirah

Sukaneka (Johan ) :'Aladdin', 'Bersatu teguh Bercerai Roboh' dan 'Batu dan Golek'

Ani :Bagaimana dengan ikhwah Mansurah pula?

Ana :Setakat yang kite tahulah Ikhwah pun ada yang menang antaranya ialah

Acara Dewan

Nasyid (Naib Johan ): Al-Wehdah
Khat (Naib Johan ) : Mohd Noor Fathi bin Montalib
Khutbah (ketiga ) : Md Ridhwan Yusof

Acara Padang

Ping pong (Naib Johan) : Ust Zikri

dan jangan lupa Kontinjen Mansurah adalah penyumbang yang terbanyak untuk PROSMA.

Ani :Hebat! Mantop! Tahniah kepada mereka yang berjaya serta semua ahli DPMM kerana bersama-sama mengharumkan nama Mansurah. Semoga kejayaan pada tahun ini dapat dilakarkan pada PMHK akan datang dengan lebih ramai penyertaan dari ahli DPMM .

Ana :Amiin...kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa dan kecewa kerana anda adalah yang terbaik di antara yang terbaik! Syabas diucapkan kepada semua. Tahun depan kita mantapkan lagi dengan penglibatan yang lebih ramai. Kita sebagai ahli yang faham harus membantu PMRAM dan DPMM dengan memberi kefahaman mengenai program ini termasuk program yang lain..

"JULANG THAQAFAH , BAKTI DICURAH”
dan
“JULANG IZZAH, TEGUH WAHDAH”.
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger