Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1429 H

korbantitle

8 Disember - Sambutan Majlis Hari Raya Aidil Adha 1429 H peringkat DPM Mansurah disambut dengan meriah dan penuh sederhana. Majlis solat sunat Hari Raya Aidil Adha diadakan khas untuk mahasiswi berlangsung di Dewan Persada Jazira Al-Ward (DPJA) dan di Bait Darul Marjan. Turut juga diadakan majlis solat sunat hari raya di kawasan mahasiswi perubatan Universiti Mansurah yang turut melibatkan beberapa mahasiswa Kuliah Al-Azhar yang dijemput untuk menjadi imam dan khatib.

korban01

Sejurus selepas solat sunat hari raya, majlis korban diadakan di hadapan DPJA yang dihadiri kira-kira 50 orang ahli. Sembelihan pertama adalah kambing (khoruf) dan sembelihan kedua adalah kerbau.

Sembelihan yang bermula kira-kira jam 10.30 pagi telah selamat disempurnakan oleh Ustaz Salman Maskuri yang merupakan mahasiswa peringkat Sarjana, Universiti Al-Azhar, Kaherah.

korban02

Menurut ketua urusetia bagi majlis korban ini, Ustaz Alif Junaidi bin Abdullah, beliau bersyukur pada tahun ini kerana ada beberapa pihak sudi menghulurkan sumbangan binatang korban kepada pihak DPM Mansurah.

korban03

"Alhamdulillah pada hari ini kita telah berjaya mengorbankan tiga binatang korban yang berbeza iaitu kambing, lembu dan kerbau. Juga ucapan terima kasih kepada semua di atas sumbangan anda dalam membantu dan melicinkan majlis korban ini," katanya yang juga merupakan Timbalan Setiausaha Agung merangkap Ketua Unit Kebajikan dan Kemanusiaan (UKKK) DPMM.

korban04

Ujar beliau lagi, seekor lembu telah selamat pada jam 7.00 malam yang mana ianya telah disumbangkan oleh Dr Ahmad 'Anani bin Abdul Rahman yang merupakan salah seorang pensyarah di Universiti Al-Azhar, Mansurah. Sembelihan ketiga ini telah disempurnakan oleh warga tempatan.

korban05

Turut serta di dalam majlis ini ialah Pengerusi DPMM, Ustaz Amin Taufiq bin Mohd Rifain serta Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) DPMM yang turut berganding bahu dan turun padang bersama-sama ahli dalam melapah, memotong serta mengagihkan daging korban. Beliau mewakili seluruh kepimpinan DPMM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli kerana sudi turun bersama-sama dalam menjayakan majlis korban ini.

"JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH"


Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger