Assalamualaikum Warahmatullahhi wabarakatuh.
Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT, dengan limpah rahmat
dan kasih sayangNya kita masih lagi dapat menikmati nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam buat Nabi junjungan Saidina Muhammad SAW yang tidak pernah kenal erti derita dan putus asa dalam menyampaikan risalah dakwah buat umatnya sehingga kewafatan Baginda serta sahabat baginda yang senantiasa mendokong perjuangan nabi tanpa ada tolok bandingya.
Sahabat-sahabat azhariyyun yang dikasihi fillah,
Setelah sekian lama Allah menjadikan kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini adalah tidak lain semata hanya untuk beribadat kepadaNya.Dalam firman Allah ta'ala yang mana mafhumnya:
"...Tidaklah Aku ciptakan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadat kepadaKu..".
Melalui mafhum ayat ini dapat kita selami bahawa tanggungjawab kita amat banyak dan besar sekiranya kita betul-betul mengamati dan menyedari hakikat ini. Beribadat yang dibawa dalam ayat ini bukan semata menjurus kepada perkara-perkara fardhu yang biasa kita lakukan seperti solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan dan lain-lain, malah ia adalah jauh lebih luas dari apa yang kita sering fikirkan.
Tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar Muslim perlu kita dititik beratkan demi menjamin kesejahteraan pembinaan dan pembentukan generasi akan datang. Golongan syabab iaitu
mahasiswa sepatutnya perlu ada sikap bersungguh-sungguh untuk memberi dan menerima ilmu demi mencapai kepakaran mengikut kelebihan masing-masing untuk menghadapi masyarakat di
luar sana yang amat memerlukan bantuan kita. Kesungguhan dalam pembelajaran di institusi adalah sangat dituntut demi pengeluaran produk-produk yang bermutu yang bakal
dipersaksikan masyarakat dunia amnya danMalaysia khususnya.Skop pembelajaran yang ana fokuskan disini bukanlah hanya pembelajaran buku-buku kuliah tapi pelbagai kemahiran yang perlu kita pelajari disini.Antaranya, kemahiran berkomunikasi,kemahiran
berorganisasi,kemahiran penulisan dan sebagainya.
Wahai saudaraku sesama Muslim,
Sedar atau tidak kita semakin hampir dengan medan peperiksaan yang menuntut untuk kita mengutamakan pembelajaran dalam mencapai kejayaan yang bakal membanggakan kedua
ibubapa kita yang berada jauh dari pandangan mata. Sesungguhnya ketika ini pasti ramai yang mempergiatkan sesi pembelajaran, penghasilan nota, study group dan juga amalan-amalan sunat seperti solat malam, sedekah jariah untuk yang memerlukan yang mana ia sedikit sebanyak membantu mempermudahkan urusan kita sepanjang imtihan.
Maka benarlah firman Allah dalam surah Ibrahim ayat ke-7 yang mana mafhumnya..
"sekiranya kamu bersyukur nescaya akan Aku tambahkan dan sekiranya kamu mengkufuri nikmatKu sesungguhnya akan menerimaa zabKu yang amat pedih sekali..."
Justeru itu, menyedari hakikat tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar, ahli bait , pemimpin, ahli, anak, ayah atau ibu,kesemuanya menuntut pengobanan yang jitu untuk menjamin kebahagiaan dari kejayaan yang bakal dikecapi. Dalam pada itu,perkara penting yang perlu kita titikberatkan disini,yang menjadi raja bagi seluruh badan dan menguasai seluruh anggota kita adalah hati.Jadi,jagalah sebaik-baiknya hati kita supaya tidak diracuni oleh musuh kita iaitu syaitan.
Dikesempatan masa yang Allah berikan ini,ana serta seluruh saff kepimpinan DPMM 08/09 memohon jutaan kemaafan atas kesilapan,kesalahan dan tanggungjawab yang tidak tertunai.
Sama-sama kita mempergiatkan pembelajaran di samping amalan-amalan sunat agar berjalan seiring supaya ia menjadi satu amalan yang akan menjadi wasilah kita dalam mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam peperiksaan yang mendatang. Di samping itu, sama-samalah kita mendoakan kecemerlangan untuk sahabat-sahabat kita yang lain. Semoga dengan kita
mendoakan sahabat kita yang lain diluar pengetahan mereka, maka doa itu juga malaikat akan turut mendoakan perkara yang sama untuk kita kerana doa seorang hamba untuk hambanya yang lain adalah doa yang mustajab.
Selamat berjuang di medan imtihan dunia...Wassalam.
Untukmu Islam..Dulu kini selamanya,
ANSORIAH BINTI ABU BAKAR
Naib Pengerusi I HEWI DPMM 08/09
+ comments + 3 comments
hidup kak ansoriaaaahhh!!!!!! saya menyokong sepunh tenaga dan usaha saya..bantulah DPMM.. kesian sgt dah.. ahli die pelbagai ragam. xper.. aper yg penting..KERJAAAAAAAASAMA.. ap yg penting.......KERJAAAAAAAAASAMA!! ahaks! ;)
saya seru pd diri saya dan semua sekali..(lg2 syer lah..bnyak st wat kesalahan..sob...sob..sob..) mari beristighfar pada Allah...
يا أيها الذين أمنوا توبوا الى الله توبة نصوحا...
dan sabda nabi lak
كل ابن آدم خطاء وخير الخطائين التوابون
kalau ada yg hafal..n dapat kesalahn tolong tegooorr..terimaass!!:D
Hidup adalah dengan memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya.
Jadikanlah imtihan ini sebagai salah satu indikator ataupun kayu pengukur penguasaan ilmu kita di sini, dan seterusnya teruskan dengan mengamalkan apa yang dipelajari. Banyak caranya utk sama-sama kita mengamalkan ilmu, dengan cara kita mengamalkannya secara individu mahupun secara bersosial.
Kita juga boleh menyampaikan ilmu kepada masyarakat dalam apa jua bentuk media sekalipun. Sama-samalah memanfaatkan kemahiran yang sedia ada ditambah pula dengan kemudahan yang mudah didapati di sekeliling kita.
Dengan adanya kemahiran² yg dipelajari, janganlah kita mengaplikasikannya dengan gerak kerja dan garis panduan yang menyempitkan cara pemikiran kita. ubahlah cara berfikir secara polos, statik, lesu, lemau kepada dinamik, kreatif, inovatif dan terbuka tanpa melanggar syariatnya.
semoga komentar ini sedikit sebanyak memberi cebisan pandangan dalam memajukan diri kita sebagai seorang muslim yang menuju keredhaanNya.
wassalam...