Mansurah-Majlis Ramah Mesra Bersama Badan Pengurus PMRAM Dan HEWI PMRAM 2009

Oleh : Arbaiyah Saron|Juru Foto : Saiful Islam
Photobucket

MANSURAH,14 Julai
– Majlis Ramah Mesra bersama Badan Pengurus (BP) PMRAM dan HEWI PMRAM telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Persada Jazirah al-Ward,Utubis Jadid. Seramai 14 orang BP PMRAM dan 13 orang HEWI PMRAM telah hadir pada hari majlis tersebut. Majlis bermula pada pukul 2.30 petang dan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Saudara Amin Taufiq bin Rifa'in, selaku Pengerusi DPMM.

Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi ta'aruf BP PMRAM dan juga HEWI PMRAM. Tak kenal maka tak cinta. Pelbagai gaya dan juga cara tersendiri ketika memperkenalkan diri, telah mencuit hati seluruh ahli DPMM yang hadir.

Setelah selesai sesi ta'aruf, majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab dan juga cadangan dari ahli-ahli DPMM. Untuk sesi ini, saudara Nik Rosdi bin Nik Jusoh telah mempengerusikan majlis dan membuka peluang seluas-luasnya kepada ahli-ahli yang hadir untuk bertanyakan soalan dan juga cadangan kepada BP dan juga HEWI PMRAM. Badan Pimpinan PMRAM juga turut menyediakan hadiah bagi ahli-ahli yang menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh BP dan juga HEWI PMRAM. Ternyata ahli-ahli DPMM masih lagi bersemangat dan dapat memberikan respon yang baik.

Photobucket

Majlis Ramah Mesra bersama BP dan juga HEWI PMRAM diakhiri dengan ucapan dan kalam taujihat dari Presiden PMRAM sendiri iaitu saudara Abdul Mu'izz bin Muhammad. Antara ucapan yang disampaikan oleh beliau ialah hala-tuju PMRAM dan wawasan PMRAM adalah untuk menyalurkan kebajikan berdasarkan Islam tidak kira dalam apa jua bentuk sama ada berbentuk spiritual atau sebagainya.

PMRAM juga memerlukan kerjasama dan kebersamaan ahli dalam mencapai sasaran Dana Syaqah yang disasarkan yang mana PMRAM memerlukan jumlah perbelanjaan yang banyak iaitu sebanyak 1 juta. Usaha ini bukan terpundak kepada ahli semata-mata, bahkan termasuk juga Badan Pengurus.

Selain itu, beliau juga turut mengingatkan bahawa PMRAM juga cuba untuk melebarkan sayapnya dengan membantu bukan sahaja bangsa Melayu, tetapi menyalurkan kebajikan kepada saudara yang diserang oleh Israel dengan melalui jentera PROSMA dan juga Mini Pavilion.

Selain daripada itu, beliau turut menyentuh berkenaan مضاربة (berkongsi modal) iaitu melalui pemusingan modal-modal yang dihasilkan oleh PMRAM sebagai suatu usaha untuk berdikari dan sumber ekonomi.

Sehubungan dengan itu, apa yang diharapkan oleh Presiden PMRAM adalah meminta kepada semua ahli supaya bukan sahaja menjadi pennyokong bahkan juga mendokong PMRAM dan sebagai ahli dan pimpinan perlu memainkan posisi masing-masing agar apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Beliau juga turut meminta maaf jika ada terdapat sebarang kekhilafan dan juga kekurangan dari pihak kepimpinan PMRAM serta dapat meraikan budaya tegur-menegur antara pimpinan dan ahli dibuka seluas-luasnya.

Majlis berakhir pada pukul 4.30 petang, dengan Doa Tasbih Kafarah dan Surah Al-'Asr.
Share this article :

+ comments + 1 comments

July 18, 2009 at 4:42 PM

Salamun'alaikum, ramai juga pelajar2 Malaysia di Egypt, semuga berjaya..

Post a Comment
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger