Makluman BAZARIA ASEAN '09

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh warga Mansurah. Kesyukuran dipanjatkan kepada Robbul Jalil kerana diberi ruang dan peluang kepada ana untuk menjelaskan beberapa perkara yang mungkin menjadi kesamaran dan tanda tanya di setiap peringkat. Seperti yang sahabat-sahabat maklumi, Bendahari (Unit Ekonomi) DPMM sesi 08/09 merangka dan merancang dengan sepenuh hati bagi menjayakan Bazaria Asean ’09 untuk tahun ini. Namun, setiap perkara yang dirancang dan disusun bagi menjayakan program tersebut itu bukanlah dari kekuasaan di pihak kami semua. Hakikatnya adalah semua dari Allah SWT.

Terlebih dahulu, saya dan seluruh barisan kepimpinan AJKT dan AJKH DPMM serta seluruh AJK Pelaksana BAZARIA ASEAN ’09 ingin memohon jutaan kemaafan di atas pembatalan program bersama ini. Oleh kerana,di pihak kami menilai dan meneliti sepenuhnya seterusnya membuat keputusan ini adalah berdasarkan alasan-alasan seperti berikut :-

1) Pihak Universiti Al-Azhar Mansurah tidak membenarkan penggunaan garaj di Kuliyah Usuluddin oleh kerana pertembungan tarikh dengan aktiviti-aktiviti kuliyah (Tarbiyah Askariyyah dan Majlis Kontrol).

2) Pihak Maahad Fatayat wal Qiraat tidak membenarkan penggunaan lapangan maahad
oleh kerana pihak maahad mempunyai aktiviti pada hari tersebut (Tajhiz Imtihan Daur
Thani li Sanah As-Sanawi Al-‘Idadi).

3) Tuan tanah bagi kawasan lapang yang berada di hadapan DPJA tidak membenarkan sebarang aktiviti dijalankan.

4) Penggunaan kawasan ‘sutuh’ di DPJA juga tidak diizinkan tuan rumah oleh kerana tuan rumah menjalankan aktiviti penternakan ayam.

5) Keadaan dewan (DPJA) juga amatlah terbatas bagi menjalankan aktiviti yang besar dan menggunakan ruangan yang begitu luas seperti aktiviti jualan dan masakan.

Oleh kerana itu, pihak kami cuba berusaha sedaya mungkin bagi menjayakan program ini dengan sebaiknya walaupun di sana terdapat beberapa kekurangan yang berlaku. Hasil berkat dari perbincangan yang diadakan, pihak mesyuarat memutuskan bahawasanya BAZARIA ASEAN ’09 dibatalkan di sebelah ikhwah dan hanya berlangsung di sebelah ‘akhawat’ sahaja. Semoga dengan keputusan yang dibuat ini diberi restu dan pertunjuk dari Allah SWT. Segala yang baik itu adalah datangnya dari Allah SWT, dan yang lemah serta kekurangan itu adalah datang dari diri sendiri.


Wassalam,

Mohd Zuhdi Bin Yahya,
Bendahari (Unit Ekonomi) DPMM 08/09

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger