Segala pujian dipanjatkan kepada Allah subhanahuwataala, Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad salallahualaihiwassalam serta ahli keluarga Baginda seterusnya buat penerus pejuangan Baginda dalam memastikan Islam terus gemilang diseluruh pelusuk dunia. Moga-moga kita digolongkan diantara mereka yang menjadi penerus bagi agama yang suci murni ini sehingga bertemu Ilahi di akhirat kelak. Amin.
Sahabat-sahabat sekalian,
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah subhanahuwataala kerana pada hari ini kita telah diberi kesempatan daripada Allah S.W.T untuk menghidupkan satu bulan yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh sekalian manusia muslim. Moga-moga ramadhan kali ini dapat kita jadikan ia sebagai bulan untuk kita terus merapatkan diri kepada Sang Pencipta kita dalam menjalani segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya sesuai dengan firman Allah S.W.T :
Wahai orang yang beriman ! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ianya diwajibkan ke atas orang – orang sebelum kamu , semoga kamu bertaqwa kepada Allah swt.
( Surah al Baqarah : Ayat 183 )
Ayat ini secara jelas menegaskan perkara asas yang ingin dicapai oleh sekalian muslim adalah Taqwa. Perkara ini adalah objektif utama dalam kita melaksanakan ibadah ini. Bukan sahaja bagi sebulan ramadhan ini sahaja, malahan ia perlu berlanjutan sehingga bulan-bulan yang seterusnya.
Menurut Syara’; ‘Taqwa’ bererti : “Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta’ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat” -Ibnu Athoillah As-Sakandari-
Sahabat-sahabat Sekalian,
Dalam bulan ramadhan pada kali ini, di bawah anjuran Unit Dakwah dan Pembangunan Insan telah menyusun dan mengatur pelbagai program untuk kita sama-sama raikan dan mengambil istifadah daripada program-program ini. Program yang dianjurkan ini hanyalah sebagai satu wasilah untuk kita memahami sedikit sebanyak berkenaan dengan Islam itu sendiri, selebihnya adalah melalui kesedaran dalam diri masing-masing dan peringatan daripada sahabat-sahabat kita yang lain.
Untuk akhirnya, pihak kepimpinan AJKT/AJKH sesi 2009/2010 mengucapkan kepada seluruh ahli DPMM khususnya dan seluruh muslimin dan muslimat amnya Salam Ramadhan Buat Semua, moga-moga amalan ramadhan kita pada tahun ini diterima dan diberkati Allah subahanahuwataala hendaknya. Doakan moga-moga dengan berkat ramadhan pada kali ini, Allah subhanahuwataala mengeratkan hubungan ukhuwah islamiah sesama kita dalam menjalankan segala gerak kerja secara bersama. Kullu Am Wa Antum Bikhair. Allahumma Ballighna Ramadhan.