Naib Pengerusi 2 Hewi : Pacu Kesatuan Jana Kemenangan

Assalamualaikum Warohmatullahi wabarokatuh

Perkataan Islam membawa makna perdamaian dan keselamatan.Islam menjalinkan hubungan di kalangan penganutnya atas prinsip akidah.Lebih erat dan lebih rapat daripada hubungan keluarga,darah,bangsa,bahasa,negara dan kepentingan harta benda.Perkara ini ditegaskan oleh Allah di dalam Al-quran :


“Sesungguhnya orang-orang mu’min adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” ( Al-hujurat :10 )

Persaudaraan dalam Islam diwajibkan secara praktikal,bermula daripada urusan ibadat,masyarakat sehinggalah urusan menegakkan Negara Islam.Perpecahan,agenda kemungkaran,sifat mementingkan diri,semuanya merupakan perkara saing yang tida hubungan langsung dengan agama Islam.

Semenjak tahun 1930 penubuhannya sehingga hari ini,PMRAM sebagai platform yang menyatukan anak-anak muda melayu di tanah Mesir terus gah membawa dasar al-Quran dan as-sunnah yang diterjemahkan dengan cukup baik melalui aktiviti-aktiviti dan program-program yang membina fikrah Islami dan jatidiri anak-anak muda sebagai pelapis generasi ulama’ hari ini.

Sesi percutian musim panas kali ini menyaksikan kesungguhan anak-anak muda ini dalam merealisasikan Islam sebagai praktikal kehidupan.PMRAM melalui Karnival Kenangan 80 tahun PMRAM ( KEKAL ) telah menyediakan gelanggang yang sangat baik dan menarik.Tinggal lagi bagaimana kita selaku ahli PMRAM yang berjiwa besar untuk merebut peluang yang tersedia untuk memugar minda dan fizikal yang telah lama berehat selepas menghadapi siri-siri imtihan yang lepas.

Anak muda hari ini dibelenggu hiburan melampau,terjebak dengan kancah jahiliyyah,maksiat, kemungkaran dan bermacam-macam kes yang saban hari yang didengar dan dipapar.Justeru,mari kita tunjukkan bagaimana cara berhibur di dalam Islam.Mereka boleh bersatu kerana perkara kemungkaran,berukhuwah atas landasan hawa nafsu yang tak tertawan.Ironisnya,nilailah peranan kita sehingga hari ini setakat mana.


KEKAL ini sebagai ‘warming up’ terbaik sebelum bergelut di gelanggang realiti yang menuntut pelbagai kemahiran dan kekreatifan kita sebagai daie.Sekurang-kurangnya ia mampu menatijahkan idea-idea yang unik apabila diperlukan nanti, hasil pengalaman beraktiviti di sini.Kalau bukan sekarang bila lagi?Jom kita meriahkan KEKAL dengan semangat ukhuwah Islami !

Pacu Kesatuan Jana Kemenangan Siti Nuraini bt Salim
Naib Pengerusi ii HEWI DPMM

Sesi 2009/2010

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger