LAPORAN : MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DPMM SESI 2009/2010

Assalamualaikum wbt.

Mansurah,23 Ogos - Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Telah diadakakan di Dewan Persada Jazirah Al-Ward (DPJA) dengan jayanya. Seramai lebih 80 orang perwakilan dan pemerhati telah menghadiri persidangan Mesyuarat Agung ini.

Sekitar jam 8.30 pagi MAT DPMM telah dirasmikan oleh saudara Syeikh Muhammad Mujahid bin Syeikh Nawawi selaku Naib Setiausaha Agung PMRAM, dalam ucapannya menyebut tentang peri pentingnya seorang muslim untuk berada dalam sebuah organisasi islam bagi memenuhi tuntutan islam itu sendiri. Beliau juga mengingatkan supaya seluruh ahli DPMM dapat memberi komitmen yang terbaik buat PMRAM Pusat mahupun cawangan-cawangangnya. Saudara Syeikh Muhammad Mujahid juga merupakan salah seorang Badan Pengurus Angkat bagi PMRAM cawangan Mansurah.
Persidangan MAT pada kali ini merupakan persidangan kali ke-18. Pelbagai persoalan, komentar dan ulasan telah diberikan oleh para perwakilan di dalam persidangan ini. Pelajar perubatan juga turut melontarkan idea dan buah fikiran dalam memastikan PMRAM cawangan Mansurah dapat memberi kebajikan bukan saja kepada pelajar pengajian islam bahkan kepada pelajar perubatan juga.



Satu usul daripada saudari Athirah binti Ajos telah diperbahaskan. Walaupun terdapat pro dan kontra bagi usul yang dibawa namun seluruh para perwakilan bersetuju untuk membawa usul tersebut bagi sesi 2010/2011. Usul tersebut adalah "Memperkasa jentera Biah Solehah dan Unit Hisbah".


Persidangan MAT pada kali ini diakhiri dengan ucapan penangguhan oleh saudara Mohd Zahimie bin Mohd Dzahid selaku Pengerusi PMRAM cawangan Mansurah sesi 2010/2011. Beliau mengharapkan seluruh ahli DPMM khususnya dapat memberi sepenuh kepercayaan di samping membantu pimpinan akan datang dalam sama-sama menggerakkan DPMM yang didokongi secara bersama. Persidangan telah berakhir sekitar jam 6 petang.


"KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH"

Disediakan oleh,

Muhamad Amirul bin Hasim
Pengerusi
PMRAM cawangan Mansurah
sesi 2009/2010
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger