IHYA LAIL JUM'AH KEMBALI

Assalammualaikum. w.b.t

Firman Allah s.w.t:
Oeh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh) - Surah Maidah : 48

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Insya Allah satu program mingguan dibawah Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2010/2011 akan mengadakan Ihya Lail Jum'ah. Ihya Lail Jum'ah pada tahun ini akan bermula pada 14 Oktober 2010.

Pembawakan Ihya Lail Jum'ah pada sesi ini dengan mengadakan Diskusi 30 minit . Diskusi 30 minit adalah terbuka kepada semua mahsiswa yang ingin mendiskusi kitab-kitab kecil (kuta'ib) sebagai langkah permulaan kehadapan seorang daie. Unit Dakwah dan Pembangunan Insan mengharap agar semua mahasiswa dapat menyertainya dan rebutlah peluang keemasan ini.

Dewasa ini kita sering melihat suara mahasiswa ingin didengari oleh masyarakat. Pelbagai cara dan strategi yang dirangka bagi mengangkat suara mahasiswa agar hak mahasiswa dipertahankan. Namun kadang kala mungkin kita lupa ada satu tempat yang kita boleh merayu. Iaitu kepada Rabbul izzati.

Allah s.w.t senantiasa mendengar doa-doa kita. Kita satukan doa dan hasrat kita dalam satu program mingguan iaitu Ihya Lail Jum'ah. Jangan lepaskan peluang sahabat-sahabat dari mendapat rahmat Allah.s.w.t.

KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH

Muhammad Aliffudin B Ramlee
Ketua Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah
Sesi 2010/2011
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger