MMI: Agenda Pendidikan Terus Diperkasakan


KAHERAH, 7 Nov – Motivasi : Misi Mumtaz Imtihan (MMI ’10) anjuran Badan dan Unit Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM kali ini menunjukkan PMRAM benar-benar komited dalam menyemai semangat belajar dalam diri ahli-ahli dalam usaha melahirkan mahasiswa yang bukan saja pandai berorganisasi bahkan turut menyerlahkan kecemerlangan dan kejayaan dalam sudut akademik.

“PMRAM sebagai sebuah persatuan induk yang menaungi hampir keseluruhan mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang berada di perlembahan Nil ini sentiasa melihat dan memandang serius terhadap agenda pendidikan.Bermula dengan kedatangan mahasiswa dan mahasiswi baru ke bumi mesir ini PMRAM telahpun mengorak langkah membantu mereka dengan mengadakan beberapa kali taklimat dan pra percubaan Imtihan Qabul secara berperingkat semata-mata untuk membantu mereka membuat persediaan dan memperlengkapkan diri dengan segala pendedahan yang berkaitan soalan-soalan sebelum menduduki imtihan qabul sebenar yang lepas ”. ujar Saudara Abdul Aziz bin Ali dalam ucapan pembukaan beliau dalam motivasi (MMI ’10) malam tadi.

“Bukan itu saja PMRAM pada hari ini berusaha melaksanakan kelas tutorial berpusat yang telah bermula secara rasminya pada 4 November yang lepas. Perkara ini tercetus apabila kita melihat berlakunya ketidakseimbangan dalam pencapaian akademik di kalangan BKAN-BKAN, maka di sana perlu ada penyelesaian terhadap permasalahan tersebut, dan hasilnya wujudlah kelas tutorial berpusat PMRAM ini selain daripada kita dapat mengeratkan ikatan ukhuwah antara ahli PMRAM yang terdiri daripada pelbagai negeri dan latar belakang”, ujar beliau lagi.

“Sesungguhnya keberadaan PMRAM di Mesir ini akan kita akan kita gunakan seoptimum mungkin dalam usaha memantapkan dan meningkatkan tahap kecemerlangan di kalangan ahli. Program-program pendidikan akan diteruskan secara berterusan bermula daripada sekarang sehinggalah memasuki hari peperiksaan”, tambah Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM

Program senat fakulti, study group, bengkel menjawab soalan, peperiksaan percubaan dan lain-lain agenda pendidikan akan dilaksanakan pada masa akan datang dengan kerjasama daripada setiap Unit Pendidikan PMRAM Cawangan demi memastikan agenda pendidikan kita untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang akan terlaksana.

Justeru PMRAM mengharapkan agar semua ahli PMRAM dapat melakukan persiapan awal dalam menghadapi peperiksaan yang bakal berlangsung pada awal Januari depan.
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger