Mansurah, 20 Oktober - Akademi Karyawan Mansurah (AKAR) telah mengadakan Bengkel Adobe Photosop (SHINING '10) bertempat di Dewan Persada Jazirah al-Ward. Program yang dikendalikan oleh Saudara Muhammad Hafiz bin Ahmad Rafii, Pengarah AKAR ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada mahasiswa mahasiswi dalam kalangan pengajian Islam, Qiraat dan juga Perubatan. Semua peserta telah memberikan komitmen dan kerjasama terbaik dengan masing-masing membawa komputer riba sendiri.
Seterusnya, dalam slot "Cuba Sendiri", setiap peserta diminta menghasilkan iklan
Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh Saudari Faiznur binti Mohamad Tarmizi selaku Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan HEWI merangkap Penasihat bagi AKAR. Dalam ucapannya, beliau menekankan konsep penyampaian dakwah pada masa kini hendaklah seiring dengan perkembangan semasa dan kemajuan teknologi selaku kita sebagai mahasiswa mahasiswi Islam yang sedang menongkah realiti.
"KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH"
Disediakan oleh,
Mohamamd Zaki Mohd Nasir
Setiausaha SHINING '10