MANSURAH, 25 NOVEMBER - Unit Bait Muslim Mansurah di bawah Jabatan Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah telah menganjurkan Siri Pembentukan Generasi Rabbani kali pertama bertempat di Dewan Persada Jazirah Al-Ward.
Seusainya majlis perasmian , program diteruskan dengan 
slot ceramah yang menarik bertajuk “Anakku Sayang : Anakku sihat, Anakku Cemerlang” yang disampaikan oleh Ustazah Wan Nor Azizon binti Wan Aziz dengan dipengerusikan oleh Ustazah Hurun Ain binti Ahmad Tajuddin. Ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Wan Nor Azizon banyak memberi info berkenaan penjagaan anak bermula daripada awal usia kandungan hingga selesai proses berpantang bersesuaian dengan keadaan dan persekitaran di Mesir. Selain itu juga, beliau menerangkan tentang pemakanan yang berkhasiat untuk kesihatan anak khususnya di Mesir. Beliau juga menyelitkan kisah pengalamannya menguruskan anak sulungnya yang kini sudahpun mencecah usia 2 tahun. Beliau juga mengingatkan agar bakal ibu dan ibu- ibu yang hamil mengambil nutrisi seimbang sepanjang kehamilan serta tidak melupakan pengisian rohani buat diri dan kandungan. Sesi soal jawab dibuka selama 15 minit bagi memberi peluang kepada para peserta untuk bertanyakan kemusykilan masing-masing.

Pada jam 2.40 petang, selesai sudah slot yang pertama. Namun program tidak terhenti setakat itu. Malahan pihak Unit Pengisian menyediakan Slot Slide Show bagi berkongsi pendapat berkenaan berkahwin semasa belajar dari semua pihak tidak kira pelajar bujang mahupun pelajar yang sudah berkahwin. Setelah itu majlis berehat seketika bagi memberi ruang untuk Solat Asar berjemaah.
P
ada jam 3.15 petang, program bersambung dengan Slot diskusi kitab bertajuk “Qawanin Al-bayt Al-muslim” yang disampaikan oleh Ustaz Hakim bin Jurmiah dengan dipengerusikan oleh Ustazah Norsyafikah binti Thoifur. Beliau menerangkan ciri-ciri keluarga Muslim yang ideal dan diidamkan oleh semua. Info–info yang disampaikan ini sangat bermakna kepada mereka yang mengidamkan pasangan yang soleh dan solehah serta kepada pasangan berkahwin bagi mengekalkan keharmonian rumahtangga. Slot diskusi kitab berakhir pada jam 4.55 petang.
“Rumahku Syurgaku”
‘Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah’
Disediakan Oleh,
Nik Mohd Fareez bin Nik Mohamed Fakhruddeen,
Setiausaha,
Siri pembentukan Generasi Rabbani (SERASI ’10),
Dewan Perwakilan Mahasiswa/si Mansurah.
Sesi 2010/2011
Sesi 2010/2011