Makluman Keselamatan DPM Mansurah



Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera kepada seluruh ahli DPM Mansurah .

Isu keselamatan merupakan salah satu kebajikan yang diberikan kepada ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir . Oleh kerana Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah bernaung dibawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir maka DPM Mansurah mempunyai hubungan baik dengan Pihak Keamanan Dan Keselamatan Mesir.

Sepanjang bulan Disember ini DPM Mansurah , saya telah mendapat empat laporan mengenai keselamtan dan ganguan warga arab terhadap mahasiswi-mahsiswi di Mansurah. Laporan dari empat kes ini adalah sama iaitu percubaan warga arab untuk memasuki rumah mahasiswi.

Disini saya sertakan maklumat fizikal warga arab tersebut.

1- Hasil laporan menunjukkan warga arab itu adalah lelaki yang sama dalam empat kes.

2- Bentuk tubuh : Tinggi , kurus , kulit gelap , dan berambut kerinting.

3- Membawa basikal berwarna biru .

4- Gambar suspek yang sempat diambil :

Operasi warga arab tersebut :

1- Mengekori mahasiswi pulang ke rumah dan ketika mahasiswi tersebut handak memasuki rumah maka lelaki arab tersebut cuba memasuki rumah sehingga berlaku pergelutan tolak menolak pada pintu rumah itu antara lelaki arab itu dan mahasiswi yang berada dirumah tersebut.

2- Lelaki arab itu datang ke rumah mahasiswi pada waktu malam dengan cuba menyamar sebagai peminta sedekah. Mengetuk pintu rumah mahasiswi itu dengan kuat . Ada sebahagian kes dilaporkan lelaki arab itu membawa kayu, besi dan lampu kalimantang.

Tindakan Kita :

1- Pastikan ketika anda pulang ke rumah tiada siapa (warga arab) mengekori kita. Jika wujud kecurigaan (pada warga arab disekeliling kita) maka segera ubah laluan anda ke tempat yang lebih selamat dan ramai warga arab.

2- Kepada mahasiswi yang keluar pada awal pagi , anda tidak digalakkan keluar secara berseorangan . Keluar dan pulang ke rumah dalam keadaan berdua atau ramai.

3- Segera menjerit dan meminta pertolongan . Perkataan tersebut : HAROMI! (pencuri).

4- Pastikan ada bersama anda alat-alat bantuan pertahanan seperti semburan berlada.

5- Jangan segera membuka pintu apabila diketuk.

6- Maklumkan segera kepada Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah. No tel : 010 1489131

7- Perbanyakkan doa dan amalan harian yang istiqomah semoga Allah s.w.t melindungi kita.

Pihak DPM Mansurah akan berusaha mengatasi masalah ini dengan menghantar laporan kepada Pihak Keamanan Dan Keselamatan Mesir. Saya mengharapkan sepanjang bulan peperiksaan ini semua mahasiswa dan mahasiswi dapat mengambil langkah berjaga-jaga dan mengutamakan keselamatan diri .

KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH


Muhammad Aliffudin B Ramlee
Pemangku Pengerusi
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah
Sesi 2010/2011
Share this article :

+ comments + 1 comments

December 29, 2010 at 4:57 PM

sayang gambar kurang jelas..muka terlindung bayang2..

Post a Comment
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger