MESRA '10 - Jutaan Terima Kasih


Mansurah 18 Disember : Warga Mansurah telah menerima lawatan rasmi daripada TYT Duta Besar Malaysia Ke Mesir. Hari Bersama Mahasiswa/wi Mansurah ( Mesra '10 ) adalah program ramah mesra dengan Duta Besar Malaysia ke Mesir yang baru.

Majlis yang bermula pada pukul 9.00 pagi dengan ucapan alu-aluan dari Pemangku Pengerusi DPM Mansurah , Saudara Muhammad Aliffudin B Ramlee dan seterusnya diikuti dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Perubatan Cawangan Mansurah , Saudara Azizi B Md Jusoh.

Majlis diteruskan dengan taklimat dari Pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah , En Shaiful Anuar B Mohammad dan beberapa pegawai kedutaan dan agensi. Selepas itu majlis diteruskan dengan program kemuncak iaitu ramah mesra bersama Duta Besar Malaysia Ke Mesir . TYT Duta menegaskan antara perkara penting yang perlu ada dikalangan mahasiswa/wi adalah menjaga adab dan akhlak melayu supaya tidak mencemarkan nama Malaysia dikalangan masyarakat Mesir.

Selepas Duta Besar Malaysia Ke Mesir menyampaikan amanat kepada semua warga Malaysia di Mansurah , majlis siteruskan dengan simbolik perasmian dewan baru perubatan dan penyampaian hadiah pelajar cemerlang bagi pelajar perubatan.

Selesai sahaja solat jumaat terdapat dua program yang diasingkan. Di dewan PCM diadakan perkhidmatan kaunter dari kedutaan, agensi dan pegawai kebajikan rumah negeri , manakala disatu tempat yang lain majlis tertutup semua kepimpinan pelajar di Mansurah bersama TYT Duta Besar Malaysia Ke Mesir di Darul Rahmah. Dewan Perwakilan Mahasiswa Mansurah diwakili oleh Pemangku Pengerusi DPM Mansurah , Saudara Muhammad Aliffudin B Ramlee , Naib Pengerusi 1 Hewi DPMM, Saudari Zailin Bt Maat dan Naib Pengerusi 2 Hewi DPMM , saudari Nurlatifah Bt Osman .

Antara wakil kepimpinan pelajar yang turut hadir ialah Perubatan Cawangan Mansurah , Mansoura-Manchester Medical Community (MMMC), GMN Mansoura Medical Students Council (GMMSC), 1Malaysia Club, Akademi Al-Quran (AQ), , MedicMesir, Kelantan Medical Services (KMS) dan ISMA.

Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah telah menyampai beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar dikalangan pengajian Islam dan perubatan . Antara isu utama yang disampaikan ialah survival mahasiswi qiraat, kebajikan kepada pelajar , keselamatan , akedemik dan kecemerlangan , dan visa pelajar . Dalam pertemuan itu DPM Mansurah mendapat beberapa respon dan maklum balas yang positif. Pertemuan itu berakhir hampir pada jam 4.00 petang.

Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah mengucapakan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih kepada TYT Duta Besar Malaysia ke Mesir , seluruh pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaheran , agensi-agensi kerajaan , dan pegawai-pegawai kebajikan anak - anak negeri .

Jutaan terima kasih juga kepada Perubatan Cawangan Mansurah atas kerjasama yang diberikan diperingkatkepimpinan perubatan dan adhoc pelaksana program . Bagi Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah yang bernaung dibawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir bersedia menjalinkan kerjasama dengan semua pihak.
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger