Makluman kepada ahli DPMM

Assalaumualaikum W.B.T.H

Setinggi kesyukuran kepada RabulIzzati atas segala nikmat yang dikurniakan. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat, Tabi' Tabi'in, Alim Ulama'.

Pihak AJKT dan AJKH memohon maaf kepada semua ahli DPMM kerana segala urusan pentadbiran DPMM agak terbantut akibat krisis politik di Mesir.

Bermula ops piramid pada 29 Januari 2011 sehinggalah 13 Februari 2011 merupakan proses pemindahan kesemua ahli DPMM keluar dari bumi Mansurah.Proses tersebut bermula dengan perpindahan ke Iskandariah untuk menaiki penerbangan ke bumi Jeddah.Seterusnya operasi terebut berakhir dengan penerbangan terakhir melalui Saudi Airlines yang turut bersama dalam penerbangan tersebut Pengerusi DPMM dan Ketua Unit Kebudayaan.Kesenian dan Sukan.

InsyaAllah pihak kami akan berusaha untuk menyalurkan maklumat terkini kepada semua ahli terutamanya perkara-perkara berkaitan dengan keselamatan dan urusan kuliah.

sila hubungi kami di talian:-

Pengerusi DPMM+60194525547 dan Naib Pengerusi 1 Hewi +60197064809.
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger