LAPORAN IJTIMA` MUSYRIFAH KALI KEDUA

DPJA, 2 April 2011 - Unit Perumahan HEWI DPMM 2010/2011 telah mengadakan Ijtima` Musyrifah kali kedua bertempat di Dewan Persada Jazirah Al-Ward. Ijtima` Musyrifah yang dipengerusikan sendiri oleh Ketua Unit Perumahan HEWI DPMM 2010/2011 saudari Nurul `Ain Afifah Hj Mohd Khalid telah dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab bagi memberkati majlis tersebut.

Ijtima' musyrifah kali ini diteruskan dengan menyelitkan sedikit pengisian slot bagi para musyrifah. Antara yang telah diagendakan adalah slot pengisian yang disampaikan oleh saudari Noorazwin Che Soh yang bertajuk " PERANAN MUSYRIFAH ",bertujuan untuk membuka minda para musyrifah betapa pentingnya tugas selaku musyrifah merupakan ketua rumah kepada sesebuah keharmonian rumah dan mewujudkan biah solehah dalam sesebuah rumah itu sendiri. Seterusnya, majlis diselitkan juga dengan tayangan slide show. Agenda berikutnya adalah slot usul yang mana telah disepakati pada Mesyuarat Agong Tahunan kali ke-17 dan 18 ,telah di terangkan oleh saudari Nor Latifah Othman merupakan Naib Pengerusi II DPMM.

Ijtima' Musyrifah telah diakhiri dengan ucapan penutup oleh Naib Pengerusi I, saudari Noorzailin Maat.Ijtima' berakhir pada jam 10.30 pagi dengan sedikit jamuan ringan.

“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH”

Nur Aishah Abd Malik
Setiausaha Unit Perumahan HEWI
PMRAM Cawangan Mansurah
Sesi 2010/2011.
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger