LAPORAN SYUKUR BERSAMA PMRAM

Mansurah-10 Jamadil Awal 1432, Selasa- Dewan Persada Jazirah Al-ward (DPJA) dimeriahkan dengan kehadiran mahasiswa dan mahasiswi dari setiap pelusuk dalam menjayakan program SYUKUR bersama PMRAM. Sempena Jaulah Badan Pengurus dan HEWI PMRAM, majlis kesyukuran turut diadakan bagi meraikan kepulangan pelajar-pelajar Malaysia khususnya ke bumi Mesir.

Bertemakan “Ukhuwah Diribat, Syukur Dirai, PMRAM Hebat”, majlis dimulakan dengan ketibaan para tetamu serta BP dan HEWI PMRAM pada jam 3.00 petang. Ucapan aluan dilafazkan oleh Pengerusi Majlis, diikuti dengan ucapan Pengarah Program dan Pemangku Pengerusi Saudara Muhammad Izzat bin Abdul Hadi.

Program sampai ke kemuncaknya, apabila Pengerusi Umum menyerahkan majlis sepenuhnya kepada wakil BP dan HEWI PMRAM, saudari Nurul Hasanah Yahuza selaku Ketua Unit Pendidikan dan Komunikasi Bahasa Arab PMRAM merangkap HEWI angkat Mansurah untuk mengendalikan slot bersama PMRAM. Mereka membuka ruang seluas-luasnya kepada ahli untuk berkongsi sebarang permasalahan yang timbul dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi.Pengakhiran slot tersebut, Presiden PMRAM, saudara Shahrizan Mohd Hazime telah menyampaikan amanat emas beliau. Dalam ucapan tersebut, para tetamu didedahkan dengan isu semasa yang semakin mencabar integriti mahasiswa khususnya.

Diakhir program, gimik pemotongan kek dibuat sempena menyambut ulangtahun penubuhan PMRAM yang telah genap usianya 81 tahun bertapak di Bumi Mesir ini.

“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH”

Mohd Hafiz Junoh

Setiausaha Syukur Bersama PMRAM

PMRAM cawangan Mansurah

Sesi 2010/2011


Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger