LAPORAN IJTIMA` MUSYRIFAH KALI KETIGA

DPJA, 25 Julai 2011 – Unit Perumahan HEWI 2010/2011 telah mengadakan Ijtima` Musyrifah kali ketiga pada hari Isnin bermula jam 8 pagi. Ijtima` Musyrifah ini diadakan bertujuan untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh setiap rumah.

Ijtima` ini telah dihadiri seramai 16 orang musyrifah/wakil di setiap kawasan. Pelbagai permasalahan rumah telah dibincangkan antaranya sewa rumah, bilangan ahli rumah yang semakin berkurangan, akad dan lain-lain.
Selain itu ijtima` kali ini juga telah diselitkan bengkel vokasional untuk para musyrifah. Bengkel vokasional ini antaranya adalah membaiki lampu, paip, pemanas (sakhonah), amplifier. Bengkel ini telah disampaikan oleh Ketua Unit Perumahan DPMM Ust Muhammad Khuzaifah Bin Ramli.

Slot penutup telah disampaikan oleh Ustazah Noor Zailin Binti Maat. Majlis bersurai jam 11 pagi.


“KESATUAN UKHUWAH MANIFESTASI TARBIYAH”
“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH”


Nurul`Ain Afifah Binti Mohd Khalid
Unit Perumahan HEWI
PMRAM Cawangan Mansurah
Sesi 2010/2011.

Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger