MB GABUNGAN-SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN


22 Julai - Jabatan Muzakarah Berkelompok (JMB) di bawah Unit Dakwah dan Pembangunan Insan HEWI DPMM telah menganjurkan MB gabungan dan juga solat hajat berserta bacaan yasin bertempat di Dewan Persada Jazirah Al-Ward DPM Mansurah. MB gabungan tersebut dihadiri seramai 51 orang ahli daripada semua mahasiswi.

MB gabungan dan solat hajat beserta bacaan yasin tersebut diadakan khusus untuk peperiksaan dan isu mahasiswa yang berlaku di sekitar Mesir baru-baru ini. Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi dimulai dengan bacaan burdah dan qasidah. Seterusnya majlis diteruskan dengan solat hajat khusus untuk peperiksaan, mengembalikan hak mahasiswa yang dinafikan, dan memohon kelancaran Mesyuarat Agung Tahunan DPMM kali ke 19. Solat hajat tersebut diimamkan sendiri oleh Timbalan Jabatan Muzakarah Berkelompok, saudari Fatimahtuzzahrah bt. Mat Som @ Othman.

Setelah selesai solat hajat, majlis diteruskan dengan bacaan yasin dan doa yang dikendalikan oleh saudari Nor Farhana bt Hamdan, pelajar tahun 1 Qiraat Mansurah. Seterusnya ucapan dari saudari Nor Nadiah bt Che Yusof selaku Unit Dakwah dan Pembangunan Insan HEWI. Kemudian diadakan sedikit penerangan berkenaan isu mahasiswa/wi sekitar Mesir yang disampaikan oleh Unit Penerangan dan Penerbitan HEWI DPMM iaitu saudari Faiznur bt Mohd Tarmizi. Penerangan isu mahasiswa/wi sekitar Mesir ini menyentuh beberapa kejadian mengenai pencabulan hak-hak mahasiswa oleh pihak-pihak yang berkenaan serta memorandum bantahan pencabulan hak mahasiswa/wi Mesir oleh DESAK.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan Naib Pengerusi 1 HEWI DPM Mansurah sesi 2010/2011, saudari Noor Zailin bt Maat. Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa gembira terhadap komitmen yang ditunjukkan oleh ahli-ahli yang hadir serta menekankan peri pentingnya kesatuan dan ukhwah sebagai mahasiswi di Mesir. Beliau menyeru agar seluruh ahli menunjukkan sikap mengambil cakna terhadap isu mahasiswa/wi yang berlaku serta berintima’ dengan persatuan yang sedia ada khususnya PMRAM.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa rabithah oleh saudari Nor Nadiah bt Che Yusof serta sedikit jamuan. Semoga MB gabungan dan solat hajat beserta bacaan yasin yang diadakan ini dapat menyemai ukhwah dan meribat kesatuan ahli di DPM Mansurah seterusya melahirkan rasa kasih dan cinta kepada persatuan.



‘KESATUAN UKHWAH MANIFESTASI TARBIAH’

‘KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH’


Disediakan oleh,

Fatimahtuzzahrah bt Mat Som @ Othman
Timbalan Jabatan Muzakarah Berkelompok
PMRAM cawangan Mansurah 2010/2011
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger