Quran Recitaton



Mansurah, 3 Ogos 2011-Tadarus Al-quran (Quran recitation-QARI) merupakan antara pengisian yang terdapat di dalam KEMBARA IHYA' RAMADHAN-QIAM'11 yang dianjurkan oleh Unit Dakwah dan Pembangunan Insan dengan kerjasama unit-unit DPMM . Program tadarus al-Quran (Quran Recitation-QARI), yang bermula pada 2 dan 3 Ramadhan, telah diadakan di rumah akhawat iaitu di rumah Darul Afifah dan Sumayyah.
Majlis yang bermula pada jam 7.00 pagi ini dimulakan dengan bacaan qasidah yang diketuai oleh Naib Pengerusi 1 HEWI DPMM sesi 2010/2011 saudari Noor Zailin binti Maat .
Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan Al-Quran. Sehingga hari ini, pembacaan secara tahsin telah dapat menghabiskan sebanyak 17 juzuk al-Quran. Majlis turut dimeriahkan dengan sesi tazkirah yang disampaikan oleh saudari Nur Hasyimah binti Abdul Fattah yang mengupas tajuk berkaitan dengan 'hati'.
Program ini akan terus dijalankan secara bergilir-gilir di rumah akhawat yang terpilih sepanjang ramadhan tahun ini.
Semoga ramadhan kali ini akan lebih memberi makna kepada kita selaku hambaNya.

'PERSIAPAN TARBIYAH MENGHASILKAN NUSRAH'

"KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH"

Disediakan oleh,
Nor Nadiah binti Che Yusof,
Unit Dakwah dan Pembangunan Insan HEWI,
PMRAM cawangan MANSURAH
Sesi 2010/2011.
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger