Selamat Datang Mahasiswi SMUTEM DQ

oleh : UPP DPMM

DPJA, 16 September 2011- Pada hari ini, seramai 12 orang mahasiswi SMUTEM DQ dan sepasang mutazawwijin telah selamat tiba di bumi Mansurah. Ketibaan mereka diraikan dengan paluan kompang dan disambut dengan penuh muhibbah oleh seluruh ahli Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah.

Sejurus selepas ketibaan mereka, para Adhoc Pelaksana USMB 2011 telah mengadakan beberapa taklimat berkaitan keselamatan, kesihatan, kuliah,perumahan, dan lain-lain.Taklimat ini diadakan bagi memberi gambaran awal kepada mahasisiwi baru tentang negara Mesir dan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian sepanjang berada di negara ini.

Kemudian,mereka disajikan dengan makan malam yang lazat sebelum diagihkan mengikut rumah yang bakal diduduki.Terima kasih diucapkan kepada musyrifah-musyrifah yang sama-sama menyambut ketibaan mahasiswi baru dan banyak membantu menjaga kebajikan mereka.



Selamat datang kami ucapkan kepada semua mahasiswi baru. Semoga kalian terus thabat dan bersungguh-sungguh untuk menggali mutiara-mutiara ilmu dan pengalaman berharga dari bumi barakah ini.

KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH


Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger