Majlis Kutub Sittah:Membentuk Generasi Ilmuwan Islam


KAHERAH, 11 Okt - Bagi melahirkan generasi Azhari yang berilmu dan berdisiplin, pihak PMRAM sekali lagi akan menganjurkan Majlis Pembacaan Hadis Kutub Sittah Siri ke-3.


Sepertimana
yang terkandung didalam ucapan dasar Presiden PMRAM dengan tema " Kemantapan fikrah membina syakhsiah" antara subtopiknya adalah [ Penghayatan Ilmu Pencernaan Minda ] sekaligus membuktikan kepada mahasiswa PMRAM terus komited dalam agenda menghidupkan suasana keilmuwan.

Penguasaan
ilmu yang berlandaskan kefahaman bakal mencernakan pemikiran sejajar dengan tindakan selaku mahasiswa Islam untuk mendepani masyarakat sejagat.

Program tersebut akan diadakan pada 29 hingga 31 Oktober 2011 merupakan kesinambungan dari penganjuran Majlis Pembacaan Hadis Kutub Sittah yang lalu.

Bagi
mahasiswa yang berminat untuk menyertai boleh berdaftar kepada Timbalan Pengarah Program, Saudara Ahmad Baihaki b. Rashid, no. Tel 011 1149 7568 atau unit Pendaftaran Program saudara Hanifulfuad b. Hussin, 011 1346 0169.

" Sejarah lampau menjadi saksi bahawa kejatuhan Islam bukanlah dari golongan orang lain namun hakikatnya dari kalangan umat Islam sendiri kerana kecetekan pemikiran apabila kurang penguasaan ilmu untuk memacu Islam sebaik mungkin" ujar saudara Ahmad Daniel bin Mohmed Hasan merangkap Pengarah Majlis Pembacaan Hadis Kutub Sittah siri ke-3.


KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAHSIAH
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger