BKKIMM Teguh Membina Kesatuan


KAHERAH, 10 Nov - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) mengingatkan semua mahasiswa mahasiswi Islam agar terus bersama-sama mempertahankan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM).


Ia merupakan usul yang disepakati bersama dalam Muktamar Sanawi PMRAM yang lalu, yang dibawa oleh perwakilan dari BKAN BKMIP.


PMRAM
mengucapkan tahniah kepada BKKIMM yang telah berjaya mengadakan sambutan Eidul Adha dan Haflah Najihin RAIHAN'11 semalam bertempat di dewan Rumah Kedah Lama di Hayyu Sabi'e.

Keberjayaan
BKKIMM mengadakan program sambutan Eidul Adha walaupun terpaksa menggunakan dewan BKAN lain merupakan satu usaha keras yang ditunjukkan oleh BKKIMM agar terus bergerak.

PMRAM
juga mengucapkan syabas kepada BKAN serta DPM yang telah banyak memberikan sumbangan kepada BKKIMM samada dari sudut tempat, kewangan mahupun tenaga kerana ia membuktikan kesatuan bersama yang kuat di bawah naungan PMRAM.

"Ia sekaligus menyemarakkan lagi slogan Kita PMRAM di kalangan semua mahasiswa/wi Islam dalam membentuk kesatuan yang utuh selain menjayakan usul yang disepakati," ujar Presiden PMRAM, saudara Muhamad Zuhaili Saiman.

BKKIMM
bagi sesi 2011/2012 diteruskan dengan tema 'BKKIMM Terus Bergerak, BKKIMM Milik Semua' yang diterajui oleh kepimpinan Yang Di-Pertua, saudara Amir Al-Amin bin Mustaff.

Presiden PMRAM dalam ucapan perasmian bagi sambutan Eidul Adha dan Haflah Najihin yang diadakan di peringkat BKKIMM semalam menginagtkan bahawa PMRAM akan terus mempertahankan BKKIMM sebagai cawangan PMRAM bagi anak-anak Melaka di Mesir walaupun pelbagai pihak cuba menafikan hak serta menghalang BKKIMM.

"Selagimana PMRAM wujud di Mesir, BKKIMM mesti terus bergerak sebagai wadah kesatuan suara anak-anak Melaka di Mesir," tegas beliau.


KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAHSIAH
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger