PMRAM Di Rancangan "Assalamualaikum" TV Al-Hijrah



KAHERAH, 24 Nov - Mengenai situasi semasa politik Mesir yang melanda, mendapat perhatian ramai pihakterutama di Malaysia dalam mengetahui informasi terkini kerana ia berkaitan dengan isu kebangkitan di Tanah Arabserta kondisi keselamatan rakyat Malaysia khususnya mahasiswa/wi Malaysia di Mesir.

Baru-baru ini, PMRAM telah mendapat jemputan daripada pihak media TV Al-Hijrah untuk bersiaran langsungmenerusi panggilan untuk memberikan informasi semasa mengenai politik Mesir.
PMRAM akan bersiaran langsung dengan TV Al-Hijrah dalam rancangan Assalamualaikum pada 25 November inisehingga 27 November ini, iaitu Jumaat (esok) sehingga Ahad ini.
Rancangan tersebut akan disiarkan berdasarkan tentatif tersebut :
- 25 Nov, Jumaat : Jam 9 pagi (Malaysia) : bersama Timbalan Presiden, Saudara Abdul Aziz Ali
- 26 Nov, Sabtu : jam 10 pagi (Malaysia) : bersama Timbalan Presiden, Saudara Abdul Aziz Ali
- 27 Nov, Ahad : 7.30 pagi (Malaysia) : bersama Timbalan Pengerusi HEWI, Saudari Nur Ain Yaakob
Kepada mahasiswa/wi boleh memaklumkan kepada pihak keluarga masing-masing untuk menonton rancangan tersebut untuk mendapatkan maklumatsemasa.
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger