Jaulah Ziarah Ulama' Sempena Hari 'Asyura 1433 Hijrah.

Mansurah, 10 Muharam 1433H bersamaan 5 November 2011- Jabatan Muzakarah Berkelompok (JMB) DPM Mansurah telah berusaha menjayakan aktiviti Muzakarah Berkelompok amali dengan mengadakan ziarah ulama' di sebuah kampung di Mansurah.

Pada jam 1.30 petang para siswa telah berkumpul berhadapan Dewan Persada Jazirah al-Ward menanti kehadiran sahabat-sahabat lain. Pada jam 2.00 petang tiga buah tramco (van) telah bergerak ke destinasi dengan 34 orang siswa menyertai aktiviti ini.

Rombongan sampai di destinasi yang dituju , kampung Wish el- Hagar dan bersolat di Masjid as-Syazuliah yang berhampiran dengan rumah Syeikh Abdul Qodir 'Awadh, ulama' yang ingin rombongan ziarahi.

Selepas solat Maghrib bersama as-Syeikh, kami dihidangkan jamuan berbuka puasa dan makan bersama-sama beliau.

Usai solat Isyak berjamaah, beberapa ucapan dan ceramah disampaikan kepada para siswa dan beberapa taujihat serta nasihat. Ceramah berkisar tentang peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan beberapa kata semangat telah diberi kepada para pengunjung.

Antara kata nasihat yang telah disampaikan kepada para siswa agar para penuntut ilmu Islam di Al-Azhar agar menyebarkan Islam kepada masyarakat terutama apabila pulang ke negara masing-masing kelak.

Selesai ceramah dan kata nasihat para hadirin berqosidah bersama-sama dan bersalawat. Hadirin yang hadir turut mendengarkan Hadis Mursalsal Hari Asyura' .

Selesai majlis tersebut pada jam 8.30 malam, hadirin beredar dan saling bersalam-salaman dengan dengan para syeikh.

Pihak JMB mengucapkan jazakumullahu khairan kathira kepada semua yang terlibat menjayakan ziarah tersebut dan memohon kemaafan atas sebarang kekurangan. Semoga semua yang terlibat mendapat manfaat dunia dan akhirat.

Muhd Asri
Pengarah Jabatan Muzakarah Berkelompok
DPMM
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger