Permergian Seorang Ulama' Al-Azhar


KAHERAH, 16 Dis - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Syeikh Imad Abdul Fatah yang merupakan salah seorang ahli tenaga fatwa di Darul Ifta' Misriyyah telah kembali ke rahmatullah hari ini.


Pemergiannya
begitu dirasai kerana kesungguhan beliau dalam menyampaikan ilmu tidak pernah terhenti sehinggalah dijemput bertemu Allah SWT.

Ketokohannya
dalam menjadi salah seorang tenaga fatwa bukan penghalang baginya untuk meneruskan perjuangan mencurahkan ilmu kepada anak bangsa sehinggakan beliau terus disegani.

" Semoga segala ilmu yang telah dicurahkan kepada semua penuntut-penuntutnya dimanfaatkan sebaiknya dalam meninggikan kalimah Allah dimuka bumi ini sekaligus mengamalkan Islam dengan sempurna" ujar Presiden PMRAM Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman ketika dihubungi sebentar tadi.


KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger