[IKLAN] Doakan Kesihatan Saudara Abdul Aziz Abdullah


KAHERAH, 10 Mac : Salah seorang mahasiswa PMRAM Cawangan Perak, saudara Abdul Aziz bin Abdullah telah mengalami kecederaan akibat jatuh daripada tingkat atas sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan berhadapan Rumah Perak Wisma B, Haiyyu Sabie' malam semalam.


Dalam
kejadian tersebut berlaku sekitar jam 10 malam, mahasiswa berkenaan yang juga merupakan salah seorang mahasiswa Markas Bahasa, sedang melalui kawasan berkenaan bersama seorang kawannya dan tidak menyedari terdapat sebuah lubang yang agak besar kerana kawasan tersebut sangat gelap.

Ketika
dimaklumkan kejadian tersebut, Badan Pengurus PMRAM yang turut berada di kawasan tersebut bersama-sama Yang Dipertua dan beberapa wakil AJKT PMRAM Cawangan Perak bergegas ke kawasan kejadian untuk membantu mangsa.

Beliau
mengalami kecederaan tulang di bahagian tengkuk dan kecederaan ringan di muka, badan dan kaki akibat hentakan yang kuat ketika terjatuh dan dikejarkan ke Hospital Ta'min Sihhi di Haiyyu Sabi'e, dan kemudiannya ke Hospital Rab'ah untuk rawatan lanjut.

Setakat
ini, pihak hospital memaklumkan pembedahan perlu dilakukan di bahagian tengkuk dan. Beliau juga terpaksa menjalani dua pembedahan dan kos dianggarkan mencecah LE25 000.

Persekutuan
Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) mengharapkan kerjasama kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi untuk bersama-sama membantu mahasiswa terbabit untuk meringankan dan mengurangkan kos pembedahan yang terpaksa ditanggung akibat kecederaan tersebut. Sumbangan boleh terus disalurkan melalui Unit Kebajikan di Cawangan masing-masing.

”PMRAM
juga memohon untuk mahasiswa dan mahasiswi sama-sama mendoakan agar segala urusan beliau dimudahkan oleh Allah SWT dan beliau dapat kembali meneruskan pengajian seperti biasa". Beliau kini sedang dirawat di Hospital Rab'ah, Kaherah.


KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger