Kelas Tutorial PMRAM Berjalan Lancar

KAHERAH, April 2012 : Kelas tutorial fasa kedua yang dianjurkan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sesi 2012 di bawah seliaan Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa (BPKB) dan Unit Pendidikan dan Komunikasi Bahasa (UPKB) sejak awal April berjalan lancar sehingga kini.

Kelas yang dikendalikan oleh 52 orang tenaga pengajar dalam kalangan ahli PMRAM sendiri meletakkan fokus kepada pengukuhan subjek penting dalam setiap kuliah pengajian Islam Universiti Al-Azhar bagi tahun 1 dan tahun 2. Kelas-kelas tutorial yang dibarisi tenaga pengajar perempuan seramai 16 orang dan tenaga pengajar lelaki seramai 36 orang ini dilaksanakan di asrama rumah anak negeri sekitar Seksyen 7 dan Seksyen 10 di Madinah Nasr. Kelas-kelas tutorial ini dijalankan pada waktu pagi, petang dan malam tanpa menganggu waktu perkuliahan harian.

Ketua
Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2012, saudara Abdul naafiq Taqiuddin b Mohd Roslan apabila ditemui berkata; "PMRAM sangat mengutamakan aspek kebajikan daripada sudut peningkatan akademik ahli bagi mencapai peningkatan tahap keberjayaan dalam peperiksaan. Kita mahu memastikan bahawa keseimbangan akademik dan aktiviti berpersatuan dapat dialirkan bersama bagi melahirkan modal insan yang intelek dan memberi sumbangan kepada masyarakat kelak sepertimana yang diharapkan oleh kerajaan Malaysia. Ini selaras dengan salah satu sub-topik Ucapan Dasar Presiden PMRAM 2012 iaitu "Melahirkan Intelektual Muslim Yang Cemerlang" dan juga tema pembawakan PMRAM pada tahun ini iaitu "Memartabat Keilmuan, Memimpin Kesatuan"



MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN




Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger