Saluran Kebajikan PMRAM Berpaksikan Landasan Islam








Di dalam Islam, saling bantu membantu adalah perkara paling dituntut sekaligus dapat mengasimilasikan sinergi kekuatan umat Islam apabila dilestarikan dengan penerapan sikap saling membantu di antara satu sama lain.
Kehidupan manusia yang diaturkan oleh Allah SWT adakalanya menjadikan manusia lebih sabar dan tabah menghadapi segala perencanaan yang datang.
 

Firman Allah SWT didalam Surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud : " Dan tolong menolonglah kamu dalam melakukan kebaikan dan takwa dan janganlah kamu membantu dalam melakukan dan permusuhan ".
 

Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kepentingan saling membantu adalah satu sifat orang  beriman, maka di atas dasar ini Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir PMRAM turut bersimpati kepada 19 orang mahasiswa pengajian Sains Kesihatan yang menghadapi masalah kewangan untuk membiayai yuran pengajian .
 

PMRAM dengan rasa tanggungjawab optimis untuk membantu meringankan dengan tindakan akan melancarkan kutipan selama seminggu dibawah Naib Presiden III merangkap Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2012.
 

Setiap kutipan dan sumbangan akan dilakukan melalui peringkat PMRAM Cawangan dengan kerjasama Unit Kebajikan PMRAM Cawangan ataupun terus menghubungi Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2012 .
 

Seiring dengan pembawaan PMRAM dibawah tema " Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan" yang terkandung salah satu subtopik Ekonomi dan Kebajikan Tunjang Kekuatan Organisasi maka PMRAM sekali lagi menyatakan kesediaan untuk membantu mangsa yang terlibat.
 

" PMRAM sentiasa peka dan memandang serius terhadap isu yang berlaku kerana menjaga kebajikan adalah merupakan tanggungjawab bersama" ujar Saudara Ahmad Huzaifah bin Fauzi selaku Naib Presiden III ( Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2012 ) ketika dihubungi sebentar tadi.


MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger