Mesyuarat Lajnah Muhafazah PMRAM



DPM Mansurah - 7 April - Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah  sekali lagi menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Lajnah Muhafazah PMRAM . Ini adalah Mesyuarat Lajnah Muhafazah PMRAM kali kedua pada sesi 2012. Mesyuarat ini telah di hadiri Ketua Lajnah Muhafazah PMRAM , Naib Pengerusi Hewi III PMRAM dan kesemua pengerusi-pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi.

Mesyuarat ini membincangkan berkenaan persediaan Mesyuarat Agung Tahunan , undang-undang tubuh Dewan Perwakilan Mahasiswa yang baru , dan masalah-masalah berkaitan ahli dan dewan-dewan perwakilan mahasiswa.wi. Mesyuarat yang bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang telah memberikan satu kekuatan baru kepada dewan-dewan perwakilan mahasiswa/wi untuk memperjuangkan kelangsungan mahasiswa dan mahasiswi di cawangan


DPM Mansurah melahirkan rasa terima kasih kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir atas keperihatinan menjaga kebajikan ahli dan kelangsungan mahasiswa dan mahasiswi di cawangan.
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger