[ SPR ] KETETAPAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA PMRAM





KETETAPAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA PMRAM PERINGKAT
DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA/WI MANSURAH 2012


Pihak SPR membuka pencalonan tersebut kepada tiga (3) bentuk:-

i. Pencalonan Pengerusi
- Kepada sesiapa yang bertanding jawatan ini mestilah mengisi BORANG A yang disediakan.

ii. Pencalonan bagi Ahli Jawatankuasa Tadbir (Exco).
- Pencalonan ini terbuka kepada semua ahli DPM iaitu dengan mengisi BORANG B yang disediakan.

iii. Pencalonan bagi Ahli Jawatankuasa Unit HEWI (Mansurah sahaja)
- Pencalonan ini dibuka hanya kepada ahli HEWI DPM Mansurah sahaja dengan mengisi Borang C yang disediakan.



SYARAT-SYARAT PENCALONAN:-


a. Setiap calon mestilah dikalangan ahli PMRAM yang tinggal dan mengikuti kuliah dalam DPM tersebut.

 b. Sebarang pencalonan mestilah mengisi borang yang disediakan dengan selengkapnya. Borang yang tidak lengkap dan berlaku kesilapan semasa mengisinya akan ditolak.

 c. Setiap pencalonan mestilah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh SPR PMRAM.

 d. Urusetia SPR tidak boleh dicalonkan untuk bertanding.

 e. Borang pencalonan mestilah bercop PMRAM.

 f. Setiap pencalonan mestilah berserta dua keping gambar berukuran pasport dan sehelai salinan muka depan pasport.

 g. Tarikh tutup pencalonan adalah pada 23.7.2012 (ISNIN) jam 5 petang.

 h. Pencalonan ditolak setelah tamat waktu yang telah ditetapkan.

 i. Setiap calon hanyalah dibenarkan mengisi satu borang pencalonan sahaja iaitu sama ada A atau B dan C bagi ahli HEWI DPM Mansurah sahaja.

 j. Setiap individu hanya dibenarkan menjadi pencadang atau penyokong kepada seorang calon sahaja.

 k. Setiap calon hendaklah menjelaskan Yuran tahunan DPM dan PMRAM .

 l. Setiap borang pencalonan hendaklah dibeli dengan nilai LE 15.00 bagi borang A
dan LE 10.00 bagi borang B dan C (siswi).

 m. Setiap pembetulan borang pencalonan hendaklah dibuat dihadapan urusetia SPR.

 n. Calon, pencadang dan penyokong mesti menurunkan tanda tangan selepas
penyerahan borang pencalonan dihadapan urusetia SPR.


Dikeluarkan oleh : Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM (DPM) 2012




" Bersih - Cekap - Telus "
" Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan "


Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger