[Laporan] SMILE WITH LOVE IN AIDILFITRI CELEBRATION 2012



SMILE WITH LOVE IN AIDILFITRI CELEBRATION 2012

Mansurah, 22 Ogos 2012 – 4 Syawal lalu Aidilfitri Celebration (Affection ‘12) telah diadakan di Dewan Persada Jazirah Al-Ward, Utubis Jadid dengan bertemakan “Smile With Love”. Objektif utama Affection ’12 adalah untuk menjayakan usul PMRAM iaitu memperkasakan hubungan baik antara mahasiswa Pengajian Islam dan Sains Kesihatan sekaligus meningkatkan kesatuan dan mengeratkan ukhuwwah dalam kalangan mahasiswa mahasiswi.

Affection ’12 pada tahun ini telah dibahagikan kepada sesi pagi bagi akhawat dan sesi malam bagi ikhwah dan mutazawwijin. Jumlah kehadiran tetamu adalah seramai hampir 200 orang termasuklah BP dan HEWI PMRAM, wakil BKAN Terengganu, Perak dan DPM Shoubra.

Majlis diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya tayangan video raya, ucapan raya, tuju lagu raya, cabutan bertuah, teka teki, aksi spontan, you follow me dan lain-lain. Anugerah pasangan ideal telah dimenangi oleh pasangan Abdul Kadir bin Umar dan Syaidatul Syakila binti Aini manakala anugerah jejaka idaman dimenangi oleh Abdul Fattah bin Hamzah. Anugerah Osem Girls pula dimenangi oleh Nik Nurfariha binti Mohamed Zalami dan Zuraidah binti Mohamad.

Kami para adhoc pelaksana Affection ’12 mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mengjayakan Affection ’12 ini serta kepada para tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis. Kami juga memohon ribuan kemaafan atas segala kekurangan sepanjang majlis.

Dengan berakhirnya Affection ’12 ini, harapan kami agar ukhuwwah yang terjalin berkekalan selamanya.   


Disediakan oleh,
Setiausaha Affection '12
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah 12/13













MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger