[ LAPORAN ] PROGRAM MOTIVASI MUSLIM BERINTEGRITI SIRI 1

Gambar sebahagian peserta dikalangan mahasiswi 
Unit Pengetahuan dan Pendidikan dan Unit Pendidikan HEWI DPMM sesi 2012/2013 telah menganjurkan program Motivasi Muslim Berintegriti Siri 1 pada 25 November 2012 bersamaan 11 Muharram 1434 H bertempat di Dewan Persada Jazirah Al-Ward (DPJA) pada pukul 11.30 pagi dengan kehadiran yang sangat menggalakkan daripada mahasiswa/wi Kuliyyah Pengajian Islam dan Takhassus Qiraat iaitu seramai 30 orang mahasiswa dan 60 orang mahasiswi. 

Sesuai dengan tema yang dibawa, ‘Al-Ilmu Asas Wahdatil Ummah’, program ini bertujuan meningkatkan akademik ahli selari dengan tema PMRAM “Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”, memberi motivasi yang berkesan untuk melahirkan mahasiswa/wi yang cintakan ilmu sekaligus cemerlang dari sudut akademik, akhlak dan memberi kejayaan kepada Islam serta menyemai dan mengeratkan ukhwah sesama mahasiswa/wi.



Program ini membuka tirainya dengan ucapan aluan pengarah program, Saudari Suhaina bt Sharipudin, disusuli dengan ucapan perasmian dan gimik pelancaran ‘Mari Membaca’ dan ‘Jom ke- Kuliah’ oleh Ustaz Zulhafeez bin Ahmad Zahidi selaku Timbalan Presiden (Lajnah Perancang dan Panitia) PMRAM sesi 2012
 
 Antara ahli panel yang hadir untuk berkongsi ilmu dan pengalaman

Kemudian, program ini diteruskan dengan agenda yang ditunggu-tunggu iaitu Forum 3G

( Gempur Gapai  Gemilang ). Forum ini menampilkan ahli panel terkenal iaitu Ustazah Azyan Syazwani bt Ahmad Adri (Takhassus Qiraat) dan Ustaz Usman Al-Amani bin Azlan (Kuliyyah Bahasa Arab) selaku jemputan dari DPM Mansurah. Selain itu, Ustaz Khairul Abdan bin Baharudin (Usuluddin) wakil dari BKAN Kedah dan Ustaz Syihabudin Ahmad bin Mohd Yatim (Syariah) jemputan dari DPM Dumyat. Forum ini telah dipengerusikan oleh Saudari Nur Hasyimah bt Abdul Fattah dan berlangsung selama 2 jam. 

                                                      Sebahagian peserta yang hadir


Antara perkongsian menarik daripada forum tersebut ialah pengenalan mengenai bidang pengajian masing-masing dan cara mengatasi subjek yang sukar serta sesi soal jawab antara peserta dan panel berdasarkan sisipan yang telah dibekalkan oleh urusetia. Program ini berakhir pada jam 4.15 petang. Jamuan ringan turut disediakan kepada peserta.

                                                      Antara  A.J.K. Program
Ahli Jawatankuasa program mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam usaha menjayakan program tersebut. Semoga nilai bakti dan pengorbanan yang dicurahkan mendapat ganjaran berlipat kali ganda di akhirat kelak. Tidak disisihkan, mohon kemaafan atas segala kekurangan yang terzahir sepanjang program berlangsung. Semoga kita termasuk di dalam golongan yang saling memberi dan menerima manfaat. Insyallah.

WaAllahua’lam.





                             MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN



                                                     


Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger