DPM MANSURAH – 31Januari
- 1 Februari 2013 bersamaan 19- 20 Rabiulawal 1434 Hijrah
Unit Bait Muslim Dewan Perwakilan
Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2012/2013 telah menganjurkan Rehlah Mutazawwijin
Mansurah 2013 ( REMUM 2013 ) yang bertempat di Ras- el Bar. Program ini telah disertai
seramai 46 orang semuanya yang melibatkan mutazawwijin pengajian Islam dan juga
Perubatan. Program yang bertemakan “ Ukhuwah, Rehlah dan Riadhah” manakala
objektifnya pula ialah :
1. Mengumpulkan dan menyatukan semua ahli UBM dan Azhari yang
berada di Mansurah.
- Memupuk rasa kebersamaan dan kecintaan antara ahli UBM
sebagai satu wasilah perjuangan.
3. Menanam sifat bertanggungjawab dan pengorbanan dalam diri
sesame saudara.
4.
Mengembali dan menyemarakkan lagi semangat ukuwah sesame
ahli.
Program
bermula pada jam 7.30 pagi dengan kehadiran peserta berkumpul di Dewab Persada
Jazirah Al-Ward (DPJA) dan bertolak ke Ras- el Bar pada jam 8.30 pagi dengan menaiki
2 buah bas. Setibanya di sana semua
akhawat dan ikhwah dibahagikan rumah masing-masing dan pada jam 11.30 tengah
hari diadakan majlis perasmian yang mana ucapan pertama dimulai oleh Pengarah
program iaitu saudara Muhammad Naim Zaimi bin Katchie Mydin dan
seterusnya dirasmikan
oleh saudara Ustaz Muhd Fadzli Bin
Sa’doon selaku Penasihat UBM dan merangkap Pengerusi DPM Mansurah.
Seusai
majlis perasmian semua peserta rehlah solat zohor dan makan tengah hari serta
terus dibahagikan kumpulan untuk sukaneka. Dalam acara sukaneka ini pelbagai
acara telah dilaksanakan antara ikhwah dan akhawat. Untuk acara ikhwah telah
melakukan aktiviti bola sepak pantai, timang bola, lari ikat kaki dan lontar
peluru manakala untuk akhawat acara bowling padang, makan buah, kupas buah,
congkak dan isi air dalam botol serta tidak ketinggalan acara untuk kanak-kanak
juga turut dijalankan antaranya kutip gula-gula, ikut cakap umi dan aksi si
comel.
Pada
waktu petang selepas asar semua mutazawwijin
diberikan masa untuk rehat dan aktiviti bebas sambil menikmati kesegaran
pantai Ras-el Bar dan berjalan-jalan di tepi pantai. Manakala pada sebelah
malam pula telah dijalankan aktiviti BBQ. Semua peserta saling tolong menolong
untuk sama-sama melakukan aktiviti BBQ.
Antara menu BBQ adalah ayam, ikan, dan sotong.
Dalam keadaan suasana yang sejuk
dan nyaman dan dihidangkan pula dengan BBQ yang panas maka menambahkan lagi
kesegaran dan keseronokan peserta rehlah. Berakhir BBQ jam 11 malam maka semua
peserta tidur untuk meneruskan lagi aktiviti pada esok hari.
Pada
jam 9.00 pagi keesokan harinnya peserta telah berolak ke Dumyat Gadid untuk
mencari kerang di pantai Dumyat. Setibanya disana semua turun untuk mencari
kerang dan bergambar kenang-kenangan di sana.
Pada Jam 11.00 pagi maka semua peserta bertolak untuk pulang ke Mansurah
dan ikhwah menunaikan solat Jumaat di Masjid pertengahan jalan ke Mansurah. Pada jam 2.00 petang semua
telah selamat sampai di DPJA Mansurah dan semua pulang ke rumah masing-
masing.
Program
ini telah berjalan dengan baik dan tanpa masalah-masalah yang berlaku serta
segala aktiviti berjalan dengan baik. Selaku
Pengarah UBM Mansurah saudara Abdul Hashim B Ab Aziz beliau melihat
bahawa program seperti ini amat penting kerana dengan mengadakan program
seperti ini maka ukhuwah antara Mutazawwijin Pengajian Islam dan Perubatan akan
lebih rapat dan dalam masa yang sama juga boleh berkongsi ilmu antara satu sama
lain dengan kepakaran ilmu dalam bidang
masing-masing dan beliau mengucapkan terima kasih kepada semua adhoc yang menjayakan program ini serta peserta
yang turut sama melancarkan lagi Rehlah Mutazawwijin Mansurah ( REMUM 2013 )
pada kali ini.