DPM
MANSURAH – 2 MAC bersamaan 19
Rabiulakhir 1434 Hijrah Unit Kebajikan
dan Kemanusiaan DPMM dengan kerjasama Unit Bait Muslim Dewan Perwakilan
Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2012/2013 telah Berjaya menganjurkan PAMA CARE 2013
yang bertempat di Dewan Persada Jazirah Al-Ward ( DPJA ) . Program ini telah
disertai seramai 64 orang semuanya yang mana penyertaan untuk program ini
adalah terbuka kepada semua ahli DPM Mansurah dan khususnya untuk Mutazawwijin
Mansurah. Program bertemakan “ IBU SIHAT, BAYI SELAMAT”
manakala objektifnya pula ialah :
1.
Memberi pendedahan awal tentang penjagaan ibu dan bayi.
2.
Mengeratkan ukhuwwah sesama ahli DPM.
3.
Menjayakan usul PMRAM yang pertama”Memperkasakan hubungan
baik diantara mahasiswa pengajian islam dan sains kesihatan”
Program bermula pada jam 7.00 pagi dengan kehadiran peserta berkumpul
di Dewan Persada Jazirah Al-Ward (DPJA) dan pada jam 8.30 pagi diadakan majlis
perasmian yang mana bermula dengan ucapan pertama oleh Pengarah program
iaitu saudara Mohd Fariq Izwan bin Md Bahrin dan seterusnya dirasmikan oleh
saudara Ustaz Muhd Fadzli Bin Sa’doon
selaku Penasihat UBM dan merangkap Pengerusi DPM Mansurah.
Selepas perasmian diteruskan pula dengan slot Sembang
Kesihatan yang bertajuk “ Bentuk penjagaan ibu dan anak , kaedah moden dan
tradisional” yang mana ahli panel pertama ialah Ustaz Mohd Asri Bin Mohd Kassim
dan kedua DR Noor Husna Binti Noor Zainy dan ahli panelnya saudara Abdul Hashim
Bin Ab Aziz. Slot ini berlangsung selama 2 jam yang mana dalam slot ini
membincangkan tentang macam mana menjaga Ibu Berpantang, pemakanan-pemakanan,
kesihatan Baby dan sebagainya.
Selepas itu peserta berehat dan dihidangkan
dengan tayangan video dan selepas daripada itu
disambung kembali dengan slot Praktikal. Pada slot ini peserta
ditunjukkan bagaimana cara untuk memandikan anak, cara untuk mengurut, cara
untuk memakai bengkung dan kaedah bertungku. Diakhir program ini pengerusi
telah mengumumkan nama peserta terbaik yang mana ikhwah telah disandang oleh
saudara Muhammad Naim Zaimi Bin
Katchie Mydin dan akhawat pula disandang oleh Saudari Yasmin Bin Mansor.
Selepas solat zohor peserta dihidangkan dengan jamuan makan dan selepas itu
peserta bersurai.
Program amat mendapat sambutan
kerana peserta yang hadir bukan sahaja dalam kalangan mutazawwijin sahaja malah
yang bujang juga turut bersama-sama dalam menjayakan program ini. Moga program
seperti ini dapat diadakan lagi selepas ini untuk memberikan manfaat kepada
semua. Sekian sahaja.
Disediakan oleh:
Setiausaha Prorgram PAMA CARE 2013
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN