Tahniah atas kelancaran selama Perjalanan MPSMB'07 dan HTM 2007/08 -Dalam Kenangan-


Slide Show perjalanan MPSMB'07 dan HTM 2007/08


Assalamualaikum w.b.t.

PENGHARGAAN BUAT MEREKA YANG BERTUNGKUS LUMUS


Firman Allah s.w.t:
Demi Masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Masa silih berganti, tahun demi tahun Universiti al-Azhar menerima kemasukan pelajar seluruh dunia bagi sesi yang baru 2007/08 dalam meneruskan wasilah penyampaian ilmu berteraskan islam kepada para seluruh penuntut Azhari azhariah di ardul kinanah ini. Di kesempatan ini, tidak ketinggalan juga penuntut dari Malaysia yang turut mengambil peluang untuk mencari ilmu di bumi anbiya’ yang penuh barakah dengan sejarah kemunculan ilmuan islam yang terulung turun temurun hasil keluaran dan tarbiyah dari Universiti al-Azhar. Dan satu-satunya Universiti al-Azhar yang berada di cawangan luar dari Kota Kaherah adalah Jami’atul al-Azhar asy-Syarif bil-Mansurah. Pada tahun ini mansurah sekali lagi tidak terlepas dari menjadi antara pilihan penuntut Malaysia untuk melanjutkan pengajian di sini samada dalam bidang Kuliah Dirasat Islamiah yang terdiri daripada Mahasiswa/wi STAM dan Muadalah, Maahad Qiraat mahupun Kuliah Perubatan.


Atas kesinambungan penerimaan pelajar dari tahun ke tahun semakin meningkat, pengendalian pelajar mahasiswa/wi baru ini telah di urus seliakan oleh USMB yang dulunya di kenali sebagai Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru dan kini telah di pertingkatkan kakitangan pengedaliannya yang lebih menyeluruh dengan nama Majlis Pelaksanaan Sambutan Mahasiswa/wi Baru ’07 (MPSMB’07). Majlis Pelaksanaan ini telah di terajui oleh Ust Nasron B. Othman dan di sana telah di bantu oleh kakitangan Unit Penggerak MPSMB’07 yang terdiri daripada Unit Pengisian & Sambutan, Unit Persiapan & Teknikal, Unit Perhubungan, Unit Penempatan dan Unit Jamuan. Di sini di ceritakan serba sedikit perjalanan kehadiran Pelajar-pelajar Baru yang tiba di Mansurah sejak sebulan yang lalu, mereka yang tiba secara berperingkat membuatkan kita di peringkat DPMM lebih bersedia menanti kehadiran mereka. Biarpun secara asalnya kita mempunyai masalah yang hampir sama saban tahun dalam menyediakan penempatan pelajar-pelajar, akan tetapi masalah itu telah sama di pikul oleh sahabat-sahabat pembantu dalam usaha mencari kediaman kosong yang masih ada di bumi Mansurah ini untuk di diami oleh pelajar-pelajar baru.


Bermula dengan kehadiran mahasiswa pertama dari penuntut Kuliah Tib (perubatan) samada mereka yang datang secara persendirian mahupun dengan sesebuah Jabatan Institusi di Malaysia. Rombongan pertama ini telah tiba di Mansurah sekitar akhir bulan Ogos sehingga pertengahan bulan November. Selepas itu, di turuti pula oleh rombongan kedua dari Mahasiswi pelajar-pelajar Maahad Qiraat seramai 26 orang dan sepasang daripadanya adalah dari pasangan yang telah berkahwin. Mereka tiba di Mansurah pada hari Khamis, 27 September 2007 bersamaan 15 Ramadhan 1428H. Rombongan ini diiringi oleh Ust Khairul Anuar bin Ismail dan Ustazah Siti Anisah binti Ahmad sebagai wakil Badan Pengurus PMRAM dan HEWI. Majlis selesai dengan penghantaran pelajar-pelajar dan barang-barang ke rumah masing-masing sebelum berbuka puasa.


Seterusnya, Dewan Persada Jazira Al-Ward (DPJA) dibanjiri lagi dengan beg-beg dan Saratoga-saratoga dari rombongan ketiga daripada pelajar-pelajar STAM. Kehadiran mereka tiba pada hari Khamis bersamaan dengan 8 November 2007 seramai 55 orang keseluruhan yang terdiri daripada 32 orang akhawat, 23 orang ikhwah dan 3 pasangan daripadanya yang telah berkahwin. Rombongan ketiga ini di ketuai oleh Ust Mohd Rasul bin Amat dan Ustazah Halimatus Sa'diah binti Fauzi selaku wakil BP PMRAM dan HEWI. Bagi pelajar-pelajar STAM, urusan penghantaran barang-barang dilakukan pada sebelah malam iaitu selepas solat Maghrib dan berakhir pada jam10 malam.

Sementara itu, rombongan terakhir daripada pelajar-pelajar muadalah telah selamat sampai pada hari Khamis seminggu selepas ketibaan pelajar STAM iaitu 15 November 2007 sebelum solat Zohor di Dewan Persada Jazirah Al-ward. Rombongan ini di iringi oleh Ust Hadi bin Awang, Ust Rasul bin Amat, Ustz Nor Shahidah binti Abd Manaf dan Ustz Solehah binti Ashaari sebagai wakil BP PMRAM dan HEWI. Rombongan terakhir ini disertai seramai 84 orang pelajar yang terdiri daripadanya 62 orang akhawat, 22 orang ikhwah dan sepasang daripadanya pasangan yang telah berkahwin. Urusan penghantaran barang-barang dimulakan pada sebelah malam juga iaitu selepas solat Isya'.

Sebelum dihantar pulang ke kediaman yang telah di tetapkan oleh DPMM bersama musyrif dan musyrifah bait-bait yang menerima pelajar baru ini, pelajar-pelajar diberi sedikit pengisian di Dewan Persada Jazirah Al-Ward dan dirasmikan oleh Badan Pengurus PMRAM yang turut hadir sebagai pengiring pelajar dari Kaherah ke Mansurah. Selepas itu, pelajar-pelajar kemudiaannya di tempatkan di kediaman masing-masing yang rata-ratanya terletak di kawasan Utubis Jadid, Madinat Salam, Hayyu Syarq, Toiran, Depan Kuliah (A), Belakang Kuliah (A), Mal'ab, Mauqaf Kanan, Mauqaf Kiri dan Belakang Kuliah (B) untuk akhawat.

Sudah menjadi kelaziman perjalanan program bagi menguruskan kehadiran pelajar-pelajar baru ini, setelah mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Mansurah, para pelajar disusuli pula dengan Program Hari Tautan Mahabbah ( HTM ) yang di atur selia di bawah arahan Ust Abu Zar B. Ahmad Hafidz sebagai Pengarah Program HTM ’07. Majlis yang di adakan pada hari Sabtu, 24 November 2007 bermula dengan pendaftaran peserta pada jam7 pagi seramai 169 orang keseluruhannya yang terdiri daripada 129 orang akhawat dan ikhwah lebih kurang 40 orang termasuk Mahasiswa Kuliah Dirasat Islamiah, Maahad Qiraat serta Kuliah Perubatan dan majlis di rasmikan oleh Pengerusi DPMM Ust Abdul Kadir bin Umar. Antara objektif atau tujuan program ini diadakan supaya para ahli baru dapat mengenali dan mengetahui tentang kewujudan DPMM, memberi penerangan tentang sistem pengkuliahan setiap pengajian, dapat beramah mesra dengan barisan kepimpinan DPMM di samping meribat ukhwah sesama ahli-ahli baru. Majlis berakhir selepas maghrib dengan majlis perasmian penutupan oleh Ustazah Nor Azah binti Abdul Aziz sebagai Naib Pengerusi 1 HEWI DPMM.

Di kesempatan ini, berhubung dengan perjalanan Sambutan Mahasiswa Baru Sesi 2007/08 ini, kami seluruh AJKT/AJKH DPM Mansurah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dengan iringan doa moga di permudahkan oleh Allah ke atas perjalanan kepada seluruh hamba-hambanya yang bergerak dalam belajar sambil berbakti sebagai Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mahasiswa/wi Baru MPSMB ’07 dan HTM 2007/2008 atas semua jasa bakti titik peluh menjayakan perjalanan Program Sambutan Mahasiswa/wi Baru tahun ini, samada dari segi urusan pengedalian penempatan pelajar, pengisian dan sambutan pelajar, persiapan dan teknikal, perhubungan mahupun urusan pemakanan dan lain-lain secara langsung ataupun tidak langsung. Semoga segala usaha yang telah di sumbangkan ini di ambil dan di angkat sebagai amalan baik di dunia mahupun di akhirat kelak. InsyaAllah amin….

Sekian Terima Kasih.

*Kami semua dari AJK Mansoura Multimedia Centre (MMC) memohon jutaan kemaafan di atas keterlewatan menyediakan liputan tentang perjalanan program bagi pelajar-pelajar baru kerana bertindan dengan tugasan-tugasan luar dan di atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.



Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger