Tahniah buat Pasukan Bola Sepak Mansurah...

Oleh : Wan Mohd Talha| Foto : Saiful Islam
Photobucket

29 Julai 2009, Mansurah : Piala Malaysia PMRAM 2009 kali ini Mansurah telah dinobatkan anugerah khas iaitu anugerah Fair Play kerana berjaya menawan hati juri yang mengadili pada hari perlawanan tersebut. Mutu permainan yang baik telah ditonjolkan oleh pemain-pemain telah menarik perhatian penonton sekaligus mendapat pujian dari pelbagai pihak.

Pasukan Mansurah telah diletakkan di dalam kumpulan C, yang mana terdapat pasukan-pasukan yang tidak kurang hebatnya iaitu dari Badan Kebajikan Anak Negeri Johor, Perak, Sabah dan Kelantan.

Pada perlawanan pertama, Mansurah FC berjaya menundukkan pasukan lawan iaitu Johor dengan kejayaan 2-0,pemain yang telah menjaringkan gol kemenangan ialah Suhaili Bin Mohd Said dan Mohd Fakhrurazi Bin Hj.Idris. Dengan kejayaan itu, para pemain bersemangat untuk membawa nama Mansurah hingga ke final.

Pada hari kedua, Mansurah FC telah diuji dengan kekalahan 0-1 dalam menentang Sabah (hasil jaringan penalti),di atas sedikit kesilapan pemain pertahanan.

Pada hari seterusnya iaitu hari ketiga, Mansurah FC sekali lagi diuji dengan pasukan yang tidak kurang hebatnya dalam arena Piala Malaysia PMRAM, iaitu bertemu pasukan dari negeri Kelantan. Sejurus itu, semangat yang ditunjukan para pemain Kelantan, Mansurah FC tidak putus mengatur serangan untuk menembusi gawang Kelantan. Akhirnya, keputusan perlawanan antara Mansurah dan Kelantan seri 0-0 seterusnya membuatkan Kelantan layak untuk ke pusingan seterusnya kerana Kelantan tiada mempunyai rekod kekalahan dengan mengumpul 8 mata.

Walaupun Mansurah kalah dengan Sabah dan seri dengan Kelantan, tetapi semangat pemain-pemain Mansurah tidak pernah luntur. Pada hari keempat, Mansurah telah bertemu dengan pasukan Perak. Pada kali ini, Mansurah telah membuktikan dengan usaha dan semangat sepasukan membuatkan mereka bertubi-tubi menyerang pihak lawan, hasilnya Mansurah berjaya menundukan Perak dengan jaringan 3-0. Antara yang menjaringkan gol ialah Adnan Bin Zakaria, Mohd Fakhrurazi Bin Hj.Idris dan Ahmad Sofieuddin. Seterusnya membuatkan Mansurah layak ke peringkat suku akhir.


SUKU AKHIR :

Pada peringkat suku akhir, Mansurah telah bertemu dengan Johan kumpulan A, iaitu pasukan Shoubro. Walaubagaimanapun, Mansurah telah menunjukkan aksi yang cemerlang dengan menghalang segala serangan yang dilakukan oleh Syoubro, hingga mengheret pasukan Syoubro ke masa tambahan yang mana ianya peluang terakhir untuk membuat gol penentuan kalah mati. Akhirnya Mansurah berjaya mengalahkan pasukan Syoubro melalui penalti. Kali ini penjaga gol Mansurah Sharul Razie Bin Abdul Hamid merupakan hero Mansurah kerana berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti dari Shoubro. Seterusnya membuatkan Mansurah layak ke separuh akhir.

SEPARUH AKHIR :

Kali ini Mansurah juga menerima nasib yang sama. Mansurah menang penaltiseterusnya berjaya menempah tiket ke final dengan kejayaan menentang Negeri Sembilan. Berkat sokongan padu dari para penyokong yang hadir pada masa itu, Mansurah berjaya bertahan sehingga ke final.

AKHIR :

Dalam keadaan hari yang panas terik, Mansurah tetap dengan misi untuk menjuarai Piala Malaysia kali ini. Akhirnya, sekali lagi Mansurah dijodohkan bertemu dengan pasukan Kelantan untuk kali yang kedua kerana masing-masing berjaya mengatasi pasukan-pasukan lain.
Pada awalnya, Mansurah banyak mengatur serangan untuk membuka ruang pertahanan Kelantan tetapi agak sukar menembusi gawang lawan kerana penjaga gol yang cekap membaca pergerakan bola. Akhirnya, Kelantan berjaya mengheret Mansurah hingga ke penalti dengan ketangkasan penjaga gol Kelantan dapat membaca arah tendangan bola. Mansurah terpaksa akur dengan kecemerlangan penjaga gol tersebut. Pasukan Kelantan telah berjaya menjuarai Piala Malaysia pada tahun ini dan Mansurah berjaya merangkul naib johan. Walaubagaimanapun, pasukan Mansurah amat berpuas hati di atas kemenangan ini. Ini kerana 85% kawalan bola di atas padang ialah Mansurah, seterusnya Mansurah dinobatkan anugerah khas iaitu pasukan terbaik (Fair Play).

Sekalung tahniah diucapkan kepada pemain-pemain Mansurah FC kerana berjaya membawa nama Mansurah hingga ke final. Berkat kerjasama berpasukan di samping sorakkan penyokong-penyokong yang hadir membawa kejayaan untuk kita semua.

Permain-permain yang telah menaikkan nama Mansurah:

1)Mohd Hamidi Bin Awang (Kapten)
2)Adnan Bin Zakaria
3)Sharul Razie Bin Abdul Hamid (Keeper)
4)Wan Mohammad Talha Bin Wan Salahuldin
5)Mohammad Shahimi Bin Fuzi
6)Adnan Bin Abd Rahman
7)Suhaili Bin Mohd Said
8)Mohd Fakhrurazi Bin Hj.Idris (Medic)
9)Mohd Rashidi Bin Hj Abdul Manie
10)Mohd Azrul Afzan bin Md Arof
11)Saiful Islam Bin Mohd Saffiaai
12)Mohd Khairul Fadli Bin Md Daud
13)Mohd Zulkifle Bin Mat Jusoh
14)Ahmad Sofiyuddin (Medic)
15)Muhammad Hairiezal Bin Shari (Medic)
Share this article :
 
MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
Copyright © 2012. LAMAN RASMI : Dewan Perwakilan Mahasiswi Mansurah - All Rights Reserved
Template Created by MMC Mansurah
Proudly powered by Blogger